Ayda Jebat umum hamil anak kedua

Gempak
Julai 25, 2023 09:08 MYT
Perkhabaran gembira itu diumumkan ketika sidang media drama-drama baharu Astro yang diadakan di ibu kota sebentar tadi. - Gambar Gempak
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengumumkan berita gembira yang dia kini sedang hamil lima bulan.
Perkhabaran gembira itu diumumkan ketika sidang media drama-drama baharu Astro yang diadakan di ibu kota sebentar tadi.
“Kami dah cuba berpeluh-peluh untuk cuba dapatkan anak kedua. Alhamdulillah sudah lima bulan.
“Saya dijangkakan bersalin tahun ini,” katanya kepada Gempak.
Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan menimang cahaya mata pertama Ana Nayla pada 21 September 2021. - Gempak
#anak kedua #hamil #cahaya mata #Rumah Tangga