Ayra Aryssa nama pilihan puteri Amyra Rosli, Amar Baharin

Gempak
Februari 8, 2020 10:00 MYT
Peminat menyambut penuh teruja perkongsian wajah dan nama anak kedua Amyra Rosli dan Amar Baharin.
PELAKON Amyra Rosli dan suaminya aktor Amar Baharin memilih nama yang cukup indah buat anak kedua mereka, Ayra Aryssa.
Selain nama, pasangan selebriti ini juga turut mendedahkan wajah puteri mereka buat pertama kali menerusi akaun Instagramnya.
Amyra berkongsi wajah dan nama anaknya itu selepas hari ketujuh puterinya hadir ke dunia.
“Assalamualaikum everyone… I am @ayraaryssa,” tulisnya.
Pasangan selebriti romantis ini sebelum ini dikurniakan anak lelaki, Aqqef Anaqi.
BACA: 'Baby sihat, isteri juga selamat' - Amyra Rosli dan Amar Baharin timang anak kedua
#Amar Baharin #Amyra Rosli #Aqqef Anaqi #Ayra Aryssa #pelakon