PENYANYI Baby Shima bertindak memulakan langkah awal untuk menyaman Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahman Mat Noor dan pendakwah bebas yang juga bekas peserta realiti televisyen, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak.
Peguam yang mewakili Baby Shima, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata, pihaknya telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap kedua-dua individu terbabit masing-masing di Mahkamah Tinggi Ipoh serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Katanya, ia difailkan di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan kepalsuan berniat jahat (malicious falsehood).
“Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Noor Azfar, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tidak berhasrat untuk memberi komen lebih lanjut buat masa ini sebagai menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.
“Pihak kami juga telah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang telah terlibat dalam menyalahgunakan nama anak guam kami bagi tujuan komersial.
“Anak guam kami merizabkan haknya untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang negara,” ujarnya.
Terdahulu, Baby Shima dituduh ‘menjual agama’ selepas namanya diumumkan sebagai artis undangan program Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang yang kebetulan berlangsung pada hari sambutan Israk dan Mikraj.
Abd Rahman mendakwa penyanyi dan pelakon terbabit ‘menjual agama’ kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.
PU Syed pula didakwa memfitnah Baby Shima dengan menuduh artis berkenaan tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sebuah konsert, serta boleh terjerumus menjadi golongan Ruwaibidhah. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 12 2023
Baby Shima dan PU Syed. - Foto Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Penganjur Konsert Viral Lagu TikTok beri jaminan patuh garis panduan
Penganjur telah dipanggil oleh pihak polis serta MBSP bagi memberi keterangan dan maklumat lanjut berhubung konsert berkenaan.
PRN: Ada bekas pemain bola, Baddrol Bakhtiar sampai Altimet, Baby Shima apa cerita?
Selain para politikus, ada dalam kalangan selebriti seperti artis dan bekas pemain bola sepak yang ikut bertanding dalam PRN kali ini.
Baby Shima umum bertanding PRN, mahu bela nasib rakyat
Baby Shima bagaimanapun, tidak memaklumkan parti mana yang akan diwakilinya nanti.
Baby Shima saman pemimpin Pas, PU Syed
Baby Shima memulakan langkah awal untuk menyaman Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahman Mat Noor dan pendakwah bebas, PU Syed.
Cik B, Baby Shima jadi mentor pertandingan 'Fanta6 Stage'
Pertandingan itu adalah salah satu aktiviti sempena pelancaran fitur video pendek yang dilancarkan baru-baru ini.
Terkena badi lagu baru? Baby Shima benar-benar jatuh sakit!
Alamak, bila judul lagu Sakit...
"Wow! 2019 pun tak sangka ada lagi perangai macam ni" - Baby Shima buat laporan polis
Penyanyi Baby Shima mengakui akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang membuat akaun palsu menggunakan gambar dan namanya.
Didakwa jual tubuh, Baby Shima beri amaran kepada penyebar fitnah
Ketika dimaklumkan oleh pengurusannya yang nama dan gambarnya tersebar dalam perniagaan seks atas talian, Baby Shima tergamam.
Kedudukan peserta beserta markah Konsert Akhir Big Stage
Konsert akhir program realiti Big Stage telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditotrium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.
Gaun merah Baby Shima kena gunting sebab terlalu ketat sampai sesak nafas?
Pereka fesyen yang bertanggungjawab menyediakan gaun untuk Baby Shima pada malam konsert kedua Big Stage, Azhar Zainal menegaskan gaun itu bukan punca penyanyi itu rebah di pentas.