[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

'Baby sihat, isteri juga selamat' - Amyra Rosli dan Amar Baharin timang anak kedua

Gempak 01/02/2020 | 22:41 MYT
Amar dan Amyra yang mendirikan rumah tangga pada November 2016 sebelum ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Aqeef Anaqi. Astro GEMPAK

PELAKON Amyra Rosli selamat melahirkan anak keduanya pagi Sabtu.

Perkara itu diumumkan suaminya, pelakon Amar Baharin menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.

"Alhamdulillah, isteri saya Nur Amira Izzati selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi.

"Bayi sihat dan isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan," tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Amar yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah di ruangan komen.

Bismillahi Allahuakhbar ❤️ Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik

Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun.
#Amar Baharin #Amyra Rosli #anak #anak kedua #Anak perempuan #Instagram #pelakon #perkahwinan