[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

#BabyCTDK: 'Selamat datang puteri, ibumu sudah lama menanti' - Netizen

Wafa Aula 19/03/2018 | 03:17 MYT
Kegembiraan itu tidak hanya dinantikan oleh Siti dan keluarga malah turut dikongsi rata-rata peminat penyanyi itu di media sosial disamping teruja menantikan pengumuman nama bayi perempuannya dalam masa terdekat. -Foto Instagram/@CTDK
Berakhirnya penantian selama 11 tahun, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini bergelar ibu sebaik sahaja melahirkan bayi perempuannya pada jam 8.17 minit pagi tadi.
Puteri sulung Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa seberat 3.55 kilogram itu telah selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Kegembiraan itu tidak hanya dinantikan oleh Siti dan keluarga malah turut dikongsi rata-rata peminat penyanyi itu di media sosial disamping teruja menantikan pengumuman nama bayi perempuannya dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
BACA: Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza
Berikut adalah ucapan yang sempat kami kumpulkan daripada para peminat, rakan artis dan ahli politik kepada penyanyi lagu Purnama Merindu itu menerusi hashtag #BabyCTDK oleh Astro AWANI mulai laman media sosial Facebook dan Twitter saluran berita berikut sejak Jumaat lalu.
Pautan tersebut mendapat lebih 35,000 perkongsian manakala ratusan ucapan tahniah dan doa buat pasangan Siti Nurhaliza dan suami tersayang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi laman instagram rasmi CTDK, Siti dikatakan berada dalam keadaan baik dan meminta sedikit ruang untuk berehat bagi membuatnya menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Khalid turut sempat merakamkan ucapan terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan pelbagai pihak ke atas isterinya yang tersayang.
BACA: 'Nama puteri Siti Nurhaliza bermula dengan Siti' - Asyraf Khalid
BACA: Wow! Banyaknya hadiah untuk baby Siti Nurhaliza ...
TONTON: Siti Nurhaliza sambut bayi sulung tanggal 1 Rejab
#artis #Asyraf Khalid #babyctdk #bayi #bersalin #CTDK #keluarga #Mufti Menk #Puteri CTDK #Rozi Abdul Razak #selebriti #Siti Nurhaliza