#BabyCTDK: Siti Nurhaliza turun 14 kilogram selepas bersalin

Rahimah Abdullah
April 4, 2018 05:55 MYT
'Alhamdullillah, hari ini ke 15 ibu & Siti Aafiyah selepas bersalin .. Dato Dr. Vernon (baby)& Datin Dr Suhaiza (ibu) 'happy' dengan perkembangan kami berdua. Ibu happy sebab dah susut 14kg'. - Sumber foto Instagram @ctdk
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan berat badannya sudah turun 14 kilogram selepas melahirkan puteri sulungnya, Siti Aafiyah.
Siti ketika ini sudah masuk hari ke-15 berpantang.
Dia dan puteri kesayangan ramai itu juga berada dalam keadaan baik.
"Alhamdullillah, Hari ini hari ke-15 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin . Dato' Dr. Vernon (baby) dan Datin Dr Suhaiza(ibu) happy dengan perkembangan kami berdua," katanya melalui entri terbaharunya di laman Instagram miliknya.
Malah, Siti mengakui penyusuan susu ibu membolehkan dia berusaha menurunkan berat badan sepanjang proses berpantang.
"Ibu happy sebab dah susut 14kg ( sbb berjaga dan aafiyah kuat minum susu ibu) Thank you anak ibu tolong ibu. Alhamdullillah," ujarnya.
Siti melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.
#anak #baby #babyctdk #Hospital #Puteri #Siti Aafiyah #Siti Nurhaliza #sitiaafiyah