awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bagai menelusuri buku cerita, terubat rindu melihat Tulus beraksi

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
07/01/2023
07:29 MYT
Bagai menelusuri buku cerita, terubat rindu melihat Tulus beraksi
Tulus menyampaikan 15 buah lagu antaranya Satu Kali, Ruang Sendiri, Gajah, Sewindu, Monokrom dan juga Hati-hati di jalan sepanjang pertunjukan yang berlangsung selama satu jam 15 minit itu. - Gambar Shiraz Project
KUALA LUMPUR: MALAM tadi mungkin menjadi malam yang sangat bermakna buat semua peminat penyanyi Indonesia, Tulus.
Selepas Sewindu Tour pada 2019, peminat kembali mengubati rindu apabila dapat melihat Tulus mengadakan persembahan di Malaysia pada 5 dan 6 Januari lalu.
Bagi pemilik nama Muhammad Tulus, dia juga gembira dapat ke Malaysia untuk berjumpa dan membuat persembahan secara langsung di hadapan para peminatnya.
“Saya sangat senang dapat kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan di hadapan anda sekali lagi, dalam masa yang ada ini.. saya akan cuba menyampaikan lagu sebanyak mungkin untuk anda.
“Semalam (Khamis) saya turun ajak peminat untuk nyanyi bersama saya, tapi saya ada berita baik dan buruknya.
“Yang baiknya saya dapat mendekati peminat-peminat saya tapi yang buruknya suara peminat saya semua sedap-sedap, saya rasa tercabar.. Jadi hari ini tidak perlu ya, saya tahu semua boleh menyanyi dengan baik sekali,” guraunya.
BACA: Tulus kembali ke Malaysia untuk Konsert Jelajah Sewindu
Peralihan setiap lagu dalam Pertunjukkan Fabulous Friday Tulus malam tadi memberi makna yang tersendiri apabila para peminat seolah menelusuri setiap lagu yang mempunyai ceritanya sendiri.
Tulus menyampaikan 15 buah lagu antaranya Satu Kali, Ruang Sendiri, Gajah, Sewindu, Monokrom dan juga Hati-hati di jalan sepanjang pertunjukan yang berlangsung selama satu jam 15 minit itu.
Pertunjukkan Fabulous Friday Tulus: Satu Kali
Pertunjukkan Fabulous Friday Tulus: Ruang Sendiri
Penyanyi berusia 35 tahun ini turut menghiburkan para peminat dengan lagu Pamit dan Langit Abu-abu yang menjadi permintaan penonton yang hadir di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Topic Berkaitan
#Tulus
#Pertunjukkan Fabulous Friday Tulus
#Kuala Lumpur
#penyanyi Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan