'Baik aku buat filem lucah lepas ini' - Pengarah filem One Two Jaga

Kohilah Sekaran
September 7, 2018 08:02 MYT
Pengarah Namron meluahkan rasa kecewanya apabila melihat kedudukan carta filem One Two Jaga kurang mendapat sambutan hangat.
'Baik ai buat filem lucah lepas ni ’, itu reaksi pengarah One Two Jaga, Namron yang kecewa dengan sambutan filem itu di pawagam.
Menerusi laman Twitter, Namron meluahkan rasa kecewanya apabila melihat kedudukan carta filem One Two Jaga yang kurang mendapat sambutan hangat.
Menurut beliau, ramai netizen sebelum ini melontarkan kata manis untuk menonton dan menyokong filem terbarunya itu, tetapi sambutan itu tidak dapat dilihat selepas filem itu ditayang di pawagam.
Keliru dan kecewa dengan tindakan penonton, Namron menyoal cita rasa masyarakat terhadap industri perfileman.
“Jika saya sanggup buat filem ringan, bukan filem berat semata-mata kongsi mahu cerita tetapi orang ramai masih tidak mahu ke pawagam. Saya tidak pasti apa yang penonton mahu? Mungkin filem lucah yang diharapkan dari saya,” tweet Namron malam tadi.

Salam, Kalu belek kat sosial media banyak yang cakap support, dah lama tunggu, filem wajib tonton dan macam2 lagi tapi di panggung kosong takde orang. Baru ai sedar ai terpedaya dengan kata2 manis. Takpe lepas ni ai buat filem porn pulak mungkin itu yang rakyat Malaysia mahu.

— Ron Two Jaga (@_Nam_Ron_) September 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jika ai dah sanggup buat filem ringan bukan filem berat semata-mata nak kongsi cerita ai tapi orang ramai masih tak terpanggil ke panggung ai tak tahu apa lagi yg orang ramai mahu dari ai. Mungkin porn atau blue film yg mereka harapkan dari ai.

— Ron Two Jaga (@_Nam_Ron_) September 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan tweet itu, ramai netizen yang tampil untuk menunjukkan sokongan mereka dengan memuat naik gambar tiket filem di media sosial.
Rata-rata netizen melahirkan ulasan yang positif dan berpendapat One Two Jaya akan menjadi antara filem tempatan yang terbaik.
Mengisahkan realiti hidup

Sangat berbaloi untuk ditonton! Agak rare cerita macam ni boleh ada dekat wayang. Pergi lah tengok cerita ni, mengisahkan tentang realiti hidup yang berlaku sebab semua orang sanggup buat apa saja untuk senang. Pelakon semua boek. Congrats @OneTwoJagaMovie ! #OneTwoJaga pic.twitter.com/2kWVmwCoqH

— Muzzammil Al Hajid (@alhajid_am) September 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem Melayu terbaik tahun ini!

Filem melayu terbaik tahun ini! Puas hati level infinity gais, lama aku tak dapat feel macam ni bila tengok citer melayu. @Amerul_Affendi aku ingat kau patut menang award lah, salute idolo! Tahniah @_Nam_Ron_ and team #OneTwoJaga 5/5#IzzadMovieRating #RekomenFilem pic.twitter.com/XcqE1t7m6R

— (@IzzadZahari) September 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Barisan pelakon yang baik

Slow burn drama thriller terbaik tahun ini, #OneTwoJaga begitu cemerlang dengan barisan persembahan pelakon2 disetiap momen, kekemasan pada garapan plot,dialog yang tidak terlalu mencuba menyekolahkan audiens & ugly truth yang tersingkap pahit utk ditelan. 5/5. #RekomenFilem pic.twitter.com/SmBTuAIWlG

— FaizalSulaiman (@faizalsulaiman) September 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dibintangi oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Kin Wah Chew, Iedil Putra, Timothy Castillo dan pelakon Indonesia, Ario Bayu serta Asmara Abigail, filem One Two Jaga mendedahkan sisi gelap dunia kepolisan dalam gejala rasuah bukan bertujuan menjatuhkan imej badan beruniform itu.
#film #Malaysia #Media #Namron #One Two Jaga #pengarah #rakyat