awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal muncul dengan single 'Oh Dunia Ini Penuh Kepalsuan', Aishah tak sindir sesiapa

Gempak
Gempak
11/03/2019
21:41 MYT
Bakal muncul dengan single 'Oh Dunia Ini Penuh Kepalsuan', Aishah tak sindir sesiapa
Single terbaru Aishah mengambil inspirasi dari lagu popular 'Janji Manismu'. - Foto Astro Gempak
JUARA Gegar Vaganza musim keempat, Aishah menafikan dia menyindir mana-mana pihak apabila muncul dengan single terbaru yang berjudul Oh Dunia Ini Penuh Kepalsuan (ODIPK).
Menurut Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 54 tahun, dia mengambil inspirasi judul lagu terbarunya daripada rangkap pertama lagu popularnya, Janji Manismu.
"Saya tak sindir sesiapa. Lagu itu mengambil inspirasi daripada lagu popular saya, Janji Manismu. Saya juga muncul dengan judul lagu yang panjang kerana ingin mengimbau judul lagu-lagu lama yang pernah diterbitkan dulu.
"Jika kita imbas semula, di zaman 80-an dan 90-an, kebanyakan lagu diberi judul yang panjang. Jadi, apa salahnya jika saya mahu mengembalikan memori terbabit dalam penciptaan lagu terbaru saya.
"Sebenarnya, lagu ini bercerita mengenai aktiviti yang dilakukan oleh netizen di laman sosial. Mereka gemar berselindung dan tidak menggunakan identiti sebenar, lebih buruk, mereka meninggalkan komen-komen negatif terhadap pengguna laman sosial lain.
"Ini merupakan pengalaman saya sendiri yang berhadapan dengan sikap tidak bertanggungjawab netizen. Saya coretkan ia dalam lagu ODIPK," kata Aishah.
Aishah ditemui di sidang media Spectacular Secretaries Week Luncheon 2019 yang diadakan di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Menerusi acara terbabit, Aishah bakal berganding dengan Nora Ariffin dan pemain saksofon terkenal, Alif Nasir.
"Insya-Allah, acara terbabit bakal berlangsung pada 25 April ini. Saya bakal bergandingan dengan Nora dan Alif. Saya tak sabar mahu menghiburkan peminat dengan seleksi lagu yang menarik.
"Mungkin akan ada segmen duet antara saya dan Nora tetapi semuanya masih dalam perbincangan," katanya lagi.
View this post on Instagram
Pertama kali kami bergabung Aishah Ariffin & Nora Ariffi@ Jgn lepaskan peluang ni. Saksikan persembahan kami sempena Minggu Setiausha pada 25 April 2019 di Palace of the golden horses. Berhibur sambil beramal. Terbaik dari kami In Shaa Allah ❤️
A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Mar 7, 2019 at 1:49am PST
Topic Berkaitan
#Aishah
#artis malaysia
#Gegar Vaganza
#janji manismu
#Lagu
#muzik
#oh dunia ini penuh kepalsuan
#selebriti
#Single
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan