PELAKON dan pengacara Neelofa bersyukur apabila dapat menganjurkan majlis Light and Love Saturdate sempena ulang tahun kelahiran ke-30, hari ini (Ahad).

Menurut Neelofa, majlis keagamaan ini berkonsepkan perkongsian ilmu yang memberi fokus terhadap cara untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

"Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu.

"Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri.



"Bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.

"Melihatkan pada sambutan baik yang diterima, insyaAllah, saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama.

"Seronok melihat peserta begitu bersemangat menghabiskan kelas pada hari ini," katanya.



Uniknya, majlis keagamaan ini berkonsepkan perkongsian ilmu yang memberikan fokus terhadap cara untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Selain kelas teori, aturcara majlis juga merangkumi sesi soal jawab, demo solat, serta cara bacaan dalam solat yang betul.

A light & love Saturdate


Lebih menarik, Neelofa juga sudi untuk melakukan demo solat dan cara bacaan solat dengan maksud dalam Bahasa Melayu. Ia dilakukan untuk menambah pemahaman dalam bacaan solat.

Light and Love Saturdate bukanlah acara keagamaan pertama yang dianjurkan oleh pihak Neelofa. Sebelum ini mereka juga aktif menganjurkan beberapa kelas berbentuk kerohanian.