awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal timang anak ke-6, Jamal Abdillah minta peminat cadang nama bayi

Pa and Ma
Pa and Ma
12/02/2023
00:00 MYT
Bakal timang anak ke-6, Jamal Abdillah minta peminat cadang nama bayi
Pasangan ini berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun. - Foto Pa&Ma
PEMILIHAN nama anak-anak legenda pop negara, Datuk Jamal Abdillah sememangnya diketahui sedap-sedap belaka malah diambil dari beberapa nama watak dalam filem lakonannya seperti Azura dan sebagainya.
Namun begitu, buat anak perempuan dan anak keenamnya yang bakal lahir Mac ini, raja pop itu membuka peluang untuk peminat menamakan anaknya yang bakal lahir.
Cahaya mata keempatnya bersama isteri tersayang, Datin Zai Izzati Khiruddin itu dijangka lahir pada 23 Mac ini.
“Kalau peminat atau pengikut di laman sosial saya ada nama sesuai dengan maksud yang baik dan indah untuk bayi perempuan kami ini, boleh tinggalkan komen di laman Instagram saya dan isteri.
“Kami masih mencari nama yang sesuai lagi dan isteri pula hanya serahkan pada saya untuk memilihnya,” kongsi Datuk Jamal.
TAK SABAR TUNGGU ANAK LAHIR
Bahkan akui bapa penyayang ini lagi, dia seakan tidak sabar untuk menantikan kelahiran zuriat tersebut yang menjadi pelengkap bahagianya bersama isteri.
Biar pun sudah punya tiga cahaya mata bersama sebelum ini, namun keterujaan untuk menyambut orang baharu tetap terasa.
“Alhamdulillah, isteri saya Zai dan bayi dalam kandungannya juga dalam keadaan sihat serta tiada masalah. Usia kandungan isteri juga sudah mencecah tujuh bulan. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya.
Tidak merancang untuk menambah jumlah anak selepas kelahiran bayi perempuan Mac nanti, ujar Datuk Jamal, dia dan isteri kini lebih fokus dalam membesarkan ketiga-tiga anak dan memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.
Datuk Jamal turut memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17 menerusi perkahwinan terdahulunya. - Pa&Ma
Topic Berkaitan
#Jamal Abdullah
#nama anak
#Zai Izzati Khiruddin
#nama sesuai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan