Bapa Nadiya Nisaa meninggal dunia di Madinah, sempat ucap "I love you"

Gempak
April 24, 2023 04:00 MYT
Kenduri tahlil Allahyarham Kamaruddin akan dilakukan di Masjid Bandar Baharu Kedah selepas solat Maghrib pada Isnin. - Gambar/ Gempak
BAPA kepada pelakon Nadiya Nisaa, Kamaruddin Murat disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Madinah akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada Ahad.
Perkara tersebut disahkan oleh Nadiya dan kakaknya, Min Luna menerusi hantaran di Instagram Stories.
"Dukacita dimaklumkan bapa saya Kamaruddin Murat telah kembali ke rahmatullah pada 23 April 2023 pada pukul 8.30 malam di King Salman Abdulaziz Medical City, Madinah.
"Pengebumian akan berlangsung di sana dan masih dalam proses. Al-Fatihah," maklum Min Luna.
Kenduri tahlil Allahyarham Kamaruddin akan dilakukan di Masjid Bandar Baharu Kedah selepas solat Maghrib pada Isnin.
Terdahulu, Nadiya memaklumkan bapanya menerima rawatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru ketika menunaikan ibadah umrah di Madinah.
Sementara itu, kongsi Min Luna lagi, kali terakhir arwah bapanya mengutuskan kata-kata buat mereka berbunyi; "I love you too." - Gempak
#Nadiya Nisaa #bapa meninggal dunia #Madinah #menunaikan umrah