awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Norman Hakim meninggal dunia

Gempak
Gempak
07/10/2023
03:30 MYT
Bapa Norman Hakim meninggal dunia
Bapa Norman Hakim, Zaidon Abdul Rahim meninggal dunia jam 8.30 malam semalam. -Gempak
PELAKON Norman Hakim berkongsi khabar duka tentang pemergian bapa tercinta, Zaidon Abdul Rahim yang telah pergi buat selamanya pada 8.30 malam semalam.
Khabar sedih itu dikongsikan oleh Norman menerusi hantaran foto di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Norman memberitahu yang bapanya menghembuskan nafas terakhir di Kuantan, Pahang.
“Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Haji Zaidon bin Haji Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 6 Oktober 2023 bersamaan 20 Rabiulawal 1445H jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan.
"Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Ayah, merahmatinya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan Ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya ringkas.
Sungguh pun begitu, punca sebenar kematian bapanya tidak dikongsikan oleh Norman.
Sementara itu, Norman turut memanjatkan doa agar roh bapanya ditempatkan bersama orang yang beriman. -Gempak
Topic Berkaitan
#bapa Norman Hakim
#Zaidon Abdul Rahim
#meninggal dunia
#kembali ke Rahmatullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan