awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru sahaja bergelar bapa, adik lelaki Yana Samsudin meninggal dunia

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
03/03/2020
16:11 MYT
Baru sahaja bergelar bapa, adik lelaki Yana Samsudin meninggal dunia
Apa yang lebih menyedihkan, Yana menyatakan bahawa adiknya baru ingin merasa nikmat sebagai seorang bapa - Foto Instagram Yana Samsudin
ADIK lelaki kepada pelakon, Yana Samsudin, Muhammad Fahmi Harith Samsudin menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi.
Berita tersebut telah disahkan oleh Yana sendiri melalui satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Apa yang lebih menyedihkan, Yana menyatakan bahawa adiknya baru ingin merasa nikmat sebagai seorang bapa.
"Aku kehilangan adik aku, Ya Allah.
"Macam mana nak ada kekuatan diri ini, satu-satunya lelaki dalam adik beradik, baru sahaja jadi ayah 37 hari," tulis Yana di kapsyen.
Yana meluahkan rasa sedih kerana adiknya meninggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan pesan.
Pada masa sama, Yana turut menyatakan bahawa jika boleh dia cuba mengelak untuk baca berita-berita kematian kerana tidak dapat membayangkan jika perkara tersebut kepada dirinya apatah lagi kepada ahli keluarga.
Pada entri itu, Yana memohon sesiapa yang mengenali arwah agar mengampunkan segala dosa serta menghalalkan makan dan minumnya selama ini.
View this post on Instagram
Innalillahwainalillahirojiun... lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni...
Topic Berkaitan
#adik
#keluarga
#lelaki
#meninggal dunia
#Muhammad Fahmi Harith Samsudin
#rumah
#Yana Samsudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan