'Batman' 60-an Adam West meninggal dunia

Agensi
Jun 11, 2017 04:52 MYT
Berita kematian bekas bintang siri TV Batman tersebut diumumkan keluarganya menerusi Facebook pada Sabtu. - Foto REUTERS
Aktor Hollywood terkemuka, Adam West meninggal dunia pada usia 88 tahun selepas bertarung hidup dengan penyakit leukemia.
Berita kematian bekas bintang siri TV Batman tersebut diumumkan keluarganya menerusi Facebook pada Sabtu.
Disifatkan sebagai berbakat, bidang seni yang diceburi West tidak terhad kepada lakonan.
Beliau pernah menjadi bakat alih suara dalam siri animasi popular Family Guy.
Bekas penuntut jurusan seni di Kolej Whitman di Walla Walla, West menerima pengiktirafan Walk Of Fame pada April 2002.
Pernah berkahwin sebanyak tiga kali, West dikurniakan enam cahaya mata.
#Adam West #batman #leukemia #meninggal dunia #siri TV