awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas anggota 'Big Bang' Seungri dihukum penjara 1 tahun 6 bulan

Gempak
Gempak
27/05/2022
03:20 MYT
Bekas anggota 'Big Bang' Seungri dihukum penjara 1 tahun 6 bulan
Seungri dihukum penjara 1 tahun 6 bulan oleh Mahkamah Agung Korea Selatan. -Gempak
BEKAS anggota kumpulan terkenal Korea Selatan, Seungri dari Big Bang akhirnya menerima hukuman akibat perbuatan jenayah yang dilakukannya beberapa tahun lalu.
Mahkamah Agung Korea Selatan dilapor telah menjatuhkan hukuman satu tahun enam bulan penjara terhadap Seungri, atau nama sebenarnya Lee Seung Hyun, pada 26 Mei 2022 selepas rayuan yang dibuat menerusi Mahkamah Tinggi Tentera pada Januari lalu ditolak.
Artis berusia 32 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Tentera, lapor AllKPop.
Mengikut fakta kes, Seungri telah disabitkan dengan sembilan kes jenayah pada tahun 2020.
Rangkaian jenayah tersebut termasuklah pelacuran, perjudian di peringkat antarabangsa, penerbitan kandungan lucah serta melakukan ugutan.
Seungri yang telah menjalani hukuman penjara tentera sejak Ogos tahun lalu akan dipindahkan ke penjara awam, sesuai dengan keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Agung Korea Selatan.
Ini bermaksud dia mempunyai baki sembilan bulan lagi untuk dihabiskan di penjara sebelum dijangka bebas pada Februari 2023.
Meskipun demikian, banyak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan mahkamah iaitu meringankan hukuman dari tiga tahun menjadi satu tahun enam bulan.
Mereka menyifatkan Seungri tidak layak menerima hukuman lebih ringan melihat kepada skandal jenayah yang dilakukannya.
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Seungri
#bintang K-Pop
#Lee Seung Hyun
#hukuman satu tahun enam bulan penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan