ENTERTAINMENT

Bekas anggota Spice Girls kahwini bos F1 Red Bull

Madiha Abdullah 15/05/2015 | 23:45 MYT
Geri dan Christian mula berpacaran Januari 2014 dan bertunang pada bulan November tahun yang sama. - Gambar Fail
Bekas anggota kumpulan Spice Girls, Geri Halliwell, selamat melangsungkan perkahwinan dengan Ketua Pasukan F1 Red Bull, Christian Horner, pada Khamis.
Majlis serba glamor yang berlangsung di Bedfordshire, United Kingdom itu dihadiri ramai bintang ternama termasuklah rakan-rakannya di dalam kumpulan Spice Girls, iaitu Emma Bunton dan Mel C.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Mel B dan Victoria Beckham tidak dapat hadir.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Geri, yang pernah terkenal dengan gelaran Ginger Spice, tampak begitu cantik dalam gaun ala Kate Middleton rekaan Phillipa Lepley.
Turut hadir adalah anak tunggal Geri, Bluebell.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini merupakan perkahwinan pertama Geri walaupun pernah bertunang dua kali.
Geri, 42 dan Christian, 41, mula berpacaran Januari 2014 dan bertunang pada bulan November tahun yang sama.
#Christian Horner #Geri Halliwell #Spice Girls