awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas isteri syukur Sam Bunkface diarah bayar tunggakan nafkah anak

Gempak
Gempak
25/07/2023
07:01 MYT
Bekas isteri syukur Sam Bunkface diarah bayar tunggakan nafkah anak
Keputusan dibuat mahkamah selepas mendapati Sam gagal membayar nafkah sebanyak RM1,300 sebulan kepada bekas isterinya itu secara konsisten. - Gempak
MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, pada Selasa mengarahkan vokalis kumpulan Bunkface, Sam membayar tunggakan nafkah anak kepada bekas isteri, Aida Azira Hussin berjumlah RM4,668 dalam tempoh 12 bulan.
Keputusan dibuat mahkamah selepas mendapati Sam gagal membayar nafkah sebanyak RM1,300 sebulan kepada bekas isterinya itu secara konsisten.
Peguam syarie mewakili Aida, Muhammad Hafiz Hood ketika dihubungi BH Online berkata, Sam tidak membayar jumlah penuh seperti yang dipersetujui oleh mahkamah sebelum ini, selama enam bulan.
"Jumlah RM4,668 bagi tunggakan selama enam bulan antara tempoh April sehingga September 2021 iaitu berjumlah RM778 sebulan.
"Nafkah dipersetujui oleh mahkamah adalah RM1,300 sebulan, tetapi dalam tempoh antara April sehingga September 2021, Sam hanya membayar RM522.
"Jadi, Sam perlu membayar tunggakan selama enam bulan. Oleh itu, mahkamah hari ini mengarahkan Sam perlu membayar nafkah seperti dipersetujui dalam perintah mahkamah," katanya.
Aida bertugas sebagai penerbit menzahirkan kesyukuran keputusan baik berpihak kepadanya dan berharap kes pindaan tuntutan jumlah nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari berakhir dengan baik.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan, hari ini. Saya minta maaf, itu sahaja yang boleh saya dikongsikan," katanya yang tidak mahu mengulas lebih panjang.
Pada 31 Julai, pihak plaintif iaitu Sam akan memfailkan hujahan dan 15 Ogos depan untuk pihak defendan iaitu Aida, memfailkan hujahan balas.
Seterusnya, keputusan pindaan tersebut akan dibuat pada 6 September depan.
Sementara itu, Sam atau nama sebenar, Shamsul Annuar Baharum, 35, ketika ditemui pihak media di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi enggan memberikan kerjasama mahupun mengulas lanjut.
Pada 29 Mac lalu, Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.
Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi berkenaan, selain meminta bukti tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti didakwa.
Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit di sebuah stesen televisyen (TV) pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.
*Sumber: BH Online **Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Sam Bunkface
#nafkah anak
#bekas isteri
#Aida Azira Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan