Bekas suami Liza Minnelli ditemui mati di London

Syafique Shuib
April 13, 2016 10:20 MYT
David Gest berkahwin dengan Liza Minnelli pada 2002 namun berpisah pada 2003. - Foto AP / Sang Tan
Bekas suami penghibur terkenal Miza Minnelli – David Gest - ditemui mati di sebuah hotel di London pada Selasa.
David Gest, seorang penerbit muzik dan bintang realiti, ditemui mati di hotel Four Seasons.
Berita ini disahkan oleh sahabat dan bekas pengawal peribadi beliau, Iman Handi.
“Dengan dukacitanya saya mengesahkan David Gest meninggal dunia hari ini,” kata Handi, dipetik dari The Independent.
Dilaporkan bahawa polis menerima panggilan pada jam 10.17 pagi Selasa setelah menerima panggilan tentang “kematian seorang lelaki berusia 60an.”
Lelaki yang dimaksudkan ternyata Gest dan post mortem dijalankan bagi menentukan punca kematian.
Gest dilahirkan dan dibersarkan di California dan mula menceburi dunia hiburan pada usia 17 tahun.
Beliau berkahwin dengan Minnelli pada 2002 namun berpisah pada 2003.
#bintang realiti TV #David Gest #Liza Minnelli #penghibur