Bekas suami Whitney Houstan dipenjarakan

Astro Awani
Februari 28, 2013 13:00 MYT
Bobby Brown dijatuhkan hukuman penjara selama 55 hari atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Bekas suami Whitney Houston itu juga diberikan tempoh pengawasan selama empat tahun.
Hukuman Itu dibacakan hakim mahkamah Los Angeles selepas Brown tidak mengemukakan rayuan atas dakwaan tersebut.
Bukan saja dalam keadaan mabuk, penyanyi itu juga memandu dengan lesen yang digantung sewaktu ditahan pada Oktober lalu.
Brown diminta melaporkan diri di penjara pada 20 Mac ini selain menyempurnakan program pemulihan selama 18 bulan.
#Bobby Brown #mabuk #Whitney Houstan