HIBURAN
Bekas wartawan Rosli Manah meninggal dunia
Rosli, 56, meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis di Hospital Kajang, Selangor pada Selasa. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas wartawan Rosli Manah, 56. meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor akibat komplikasi kencing manis pada jam 12.59 tengah hari tadi.
Perkara ini disahkan oleh rakan wartawan, Saharudin Musthafa sewaktu melawat Allahyarham di hospital pagi tadi.
Mesra dengan panggilan Che Li dalam kalangan rakan-rakan wartawan, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kajang beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Haji untuk mendapatkan rawatan kencing manis sebelum keadaannya merosot akibat penyakit tuberkulosis.
Sehubungan itu, Ällahyarham ditempatkan di sebuah wad pengasingan di Hospital Kajang untuk pemantauan rapi dan rawatan lanjut bagi penyakit tibi dan kencing manis.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Asmah Ghani, 58, dan tiga orang anak.
Menurut Asmah, dia dan ketiga-tiga anaknya reda dengan pemergian suaminya itu kerana Allahyarham sudah lama menanggung kesakitan.
Kata Asmah, jenazah suaminya akan dikebumikan di Kajang hari ini.
Ketika ini, jenazah Allahyarham Rosni masih berada di Hospital Kajang.
Sepanjang kariernya sebagai wartawan, Allahyarham pernah mengemudi majalah hiburan popular URTV sebagai editor sekitar era 2000-an.