KUALA LUMPUR: Meraikan ulang tahun kedua perkahwinan baru-baru ini, usahawan dan pengacara Neelofa Mohd Noor mengakui banyak perkara baharu yang dipelajari selepas bergelar isteri.
Neelofa ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama peminat di Hotel Marriot Putrajaya pada Sabtu memaklumkan, doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan dia dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.
“Sesiapa sahaja yang berkahwin, saya percaya semua mahukan agar ikatan dibina kekal diberkati.
“Benda paling berharga adalah doa supaya perkahwinan itu bahagia, rumah tangga mana yang tak mencabar,” katanya.
Dalam masa sama, selebriti berusia 34 tahun ini turut berkongsi nasihat kepada individu yang bakal mendirikan rumah tangga.
“Nasihat saya boleh kongsi untuk orang yang tidak berkahwin lagi, belajar apa hak seorang isteri kepada suami apa dan apa tanggungjawab isteri kepada suami. Ramai yang tak clear (jelas) mengenai itu. Banyak benda yang digariskan dalam Islam tidak dipenuhi, mungkin itu antara sebab kurangnya respect (rasa hormat) dan tanggungjawab.
“Nak bagi tips belum lagi, kerana perkahwinan saya pun baru setahun jagung. Namun apa yang saya boleh kata, manisnya berkahwin bila kita hidup berpasangan, kita berkongsi bahagia. Tambahan bila dah ada anak, ada orang kita nak berkongsi masalah, itu manisnya sebuah perkahwinan,” akhirinya.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal Muhammad Haris yang kini berusia setahun tiga bulan.
Faida Rahim
Sat Apr 01 2023
Pasangan Neelofa dan Muhammad Haris meraikan ulang tahun kedua pernikahan mereka pada 27 Mac lalu. - Gambar Astro AWANI
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.
Status kehamilan Neelofa akhirnya terjawab
Tanda tanya mengenai status kehamilan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa akhirnya terjawab apabila peguam bela mewakilinya bagi pertuduhan melanggar SOP PKP di Mahkamah Seremban.
Neelofa, suami hadir sebutan semula kes langgar SOP PKPB
Pasangan itu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira jam 8.40 pagi tadi.
Ibu Neelofa batalkan permohonan cap dagangan 'Harimau Menangis' serta-merta
Noor Kartini juga memohon maaf atas apa yang telah terjadi.