SEJAK kehadirannya dalam industri muzik kira-kira dua dekad yang lalu, nama Siti Sarah Raissuddin sentiasa mekar menjadi pujaan peminat.
Ketika muzik Malaysia ketika itu didominasi rentak balada dan rock 'jiwang', Siti Sarah membawa keunikan tersendiri dengan menyuntik elemen R&B dalam muzik pop nyanyiannya.
Tahun pertama sebagai artis, dia sudah melakar sejarah tersendiri apabila memenangi beberapa kategori utama dalam Anugerah Industri Muzik (AIM).
Sejak itu, Siti Sarah berjaya membina reputasi yang bukan calang-calang. Bakat dan suara emas si genit ini menjadikannya idola ramai anak muda.
Pernah menghasilkan tiga buah album, lagu-lagu nyanyiannya seperti "Kesetiaan", "Jangan Kau Mimpi", "Sandarkan Pada Kenangan", "Saat Hilang Cintamu" dan "Semakin" menjadi siulan ramai.
Mungkin ramai yang tidak tahu, antara kejayaan terbesar Siti Sarah sepanjang kerjaya sebagai penyanyi adalah membawa pulang tiga pingat emas dalam World Championship of Performance Arts (WCOPA) di Los Angeles pada 2009.
Memilih memberi tumpuan kepada rumahtangga selepas mengahwini pelakon komedi Shuib pada 2011, nama Siti Sarah kembali menjadi perhatian selepas menyertai Gegar Vaganza musim ketiga yang menyaksikannya bergelar naib juara.
Bukan sahaja bakat, personaliti anak perempuan penyanyi Raissuddin Hamzah ini juga disenangi ramai.
Rakan-rakan artis menyifatkan Siti Sarah sebagai individu yang berbudi bahasa, merendah diri dan gemar berjenaka.
Sikapnya yang sentiasa berfikiran positif dan ceria membuatkan dia senang didampingi sesiapa sahaja.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif COVID-19 kira-kira dua minggu lalu.
Minggu lalu, dia dimasukkan ke hospital susulan paras oksigen yang tidak stabil, sebelum melahirkan bayi keempatnya secara pembedahan, pada Jumaat.
Keadaan kesihatannya semakin merosot namun baik keluarga, rakan terdekat dan peminat tetap mendoakan agar Siti Sarah kembali sembuh.
Justeru pemergiannya menjelang subuh hari ini menyentap hati ramai insan di luar sana.
Terlalu cepat dia pergi, tetapi perginya menuju ke negeri abadi yang jauh lebih indah.
Al-Fatihah, Siti Sarah Raissuddin.
Madiha Abdullah
Mon Aug 09 2021
Sejak kehadirannya dalam industri muzik kira-kira dua dekad yang lalu, Siti Sarah berjaya membina reputasi yang bukan calang-calang. -Gambar fail
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.
Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.
Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.
Mamat dedah punca tidak hadir majlis pernikahan Shuib
Mamat berkata dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahan rakannya itu untuk mengucapkan tahniah.