awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belenggu Rindu, taruhan Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2019
02:02 MYT
Belenggu Rindu, taruhan Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita
Jamal dan Wany Hasrita ditemui pada majlis makan tengah hari pelancaran single duet berjudul Belenggu Rindu di Sukasucre Cafe di sini pada Rabu. - Foto Instagram @wanyhasnizers
Datuk Jamal Abdillah mengakui single duet berjudul Belenggu Rindu bersama Wany Hasrita adalah taruhannya untuk menarik minat orang muda.
Malah, genre lagu tradisional kontemporari itu diyakini dapat mengembalikan zaman kegemilangan penyanyi berusia 60 tahun itu.
"Saya sangat bersyukur dengan tawaran untuk membuat rakaman dengan artis baharu ini, daripada pihak FMC. Ini adalah sesuatu yang saya tunggu, untuk berkolaborasi dengan anak muda.
"Pencipta lagu muda, dan arrangement pun muda. Dengan cara itu, saya akan masuk ke arena arus perdana hiburan di zaman ini," katanya kepada Astro AWANI pada majlis makan tengah hari sempena pelancaran single duet Belenggu Rindu di SukaSucre Bistro 81, di sini, pada Rabu.
“
Ini adalah sesuatu yang saya tunggu, untuk berkolaborasi dengan anak muda.
”
- Jamal Abdillah
Kata Jamal, untuk terus kekal dalam dunia nyanyian pada zaman ini, beliau perlu melakukan sesuatu mengikut perkembangan semasa dan kehendak anak muda.
"Saya rasa ramai yang tidak mengikuti lagu-lagu saya. Mereka yang berusia 16 hingga 22 tahun itu rasanya menganggap Jamal Abdillah ini suatu yang sudah lepas.
"Dengan cara ini, saya dapat memberi sedikit perhatian kepada peminat-peminat muda melalui duet dengan Wany Hasrita dan mencuri sedikit perhatian di arena sekarang," ujarnya.
View this post on Instagram
Majlis Pelancaran single terbaru, Belenggu Rindu bersama Dato' Jamal Abdillah. Terima kasih kepada rakan media yang hadir hari ini. Alhamdulillah, MV Belenggu Rindu sudah pun mencapai 1 juta tontonan. Terima kasih atas sokongan semua❤️ . #belenggurindu #fmcmusic
A post shared by #TERLALUMEMUJA (@wanyhasrita) on
Sep 11, 2019 at 1:45am PDT
Dalam pada itu, Jamal berkata, seperti kelaziman sebelum ini, beliau membuat rakaman lagu duet Belenggu Rindu secara berasingan.
Baginya, beliau lebih selesa dengan caranya yang tersendiri.
“
Mereka yang berusia 16 hingga 22 tahun rasanya menganggap Jamal Abdillah ini suatu yang sudah lepas.
”
- Jamal Abdillah
"Kalau rakaman, kita perlu tahu bahawa lagu itu adalah baharu. Macam saya dahulu dengan Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Siti Sarah, Francisca Peter.
"Memang asalnya, saya tidak suka kalau orang lain ada. Sebab, kita ini manusia, lemah. Kadang-kala ada buat silap, jadi, malulah,"
Belenggu Rindu mula dilancarkan lebih seminggu lalu di laman YouTube dan setakat ini mendapat lebih sejuta tontonan.
Topic Berkaitan
#arus perdana
#Astro
#Astro Awani
#belenggu rindu
#berduet
#hiburan
#jamal abdillah
#lagu tradisional kontemporari
#peminat muda
#rakaman lagu
#Wany Hasrita
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan