PELAKON Fathia Latiff akui masih solo selepas hubungan percintaan bersama aktor Aiman Hakim Ridza terputus di tengah jalan.

Menurut Fathia dia menyerahkan urusan jodoh kepada Allah.

"Buat masa sekarang, saya masih belum mempunyai pasangan atau kekasih.

"Bukan saya tidak bersedia tetapi saya menyerahkan segalanya kepada Allah soal jodoh ini.

"Saya harap semua orang boleh doakan juga untuk saya," katanya kepada Gempak.

Tambah Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff berkata ingin menjadi lebih baik sebelum bergelar isteri.

"Saya mahu jadikan diri yang terbaik dahulu sebelum menamatkan zaman bujang.

"Kalau tidak ada jodoh, mungkin orang masih sayangkan saya lagi dalam industri seni ini.

"Mereka tak ingin saya berkahwin supaya saya boleh fokus kepada kerjaya," katanya lagi.

Fathia dan Aiman pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan.