ENTERTAINMENT
"Belum jumpa calon pasangan hidup" - Uqasha Senrose

Uqasha Senrose mengakui, sehingga ke hari ini dia belum bertemu calon sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
PELAKON Uqasha Senrose mengakui, sehingga ke hari ini dia belum bertemu calon sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
Bagaimanapun, kata Uqasha, dia tidak tergesa-gesa untuk berkahwin sebaliknya mahu memberikan fokus untuk kerjaya.
“Tidak cari yang sempurna, sebaliknya kalau boleh mahu yang kena dengan jiwa. Lagi pun kahwin adalah untuk selamanya bukan untuk sehari dua.
“Saya tak mahu salah pilih orang... tetapi tidak pula mencari cari yang betul-betul perfect (sempurna), cuma sekarang ini belum ada lagi (kekasih).
“Buat masa ini fokus saya hanya untuk kerja, berkenaan dengan hal-hal lain tu saya rasa kemudian. Kalau andai kata ada jodoh (semoga) semuanya akan dipermudahkan," katanya kepada HLive!.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami