Ben Affleck, Jennifer Garner failkan penceraian

Agensi
April 14, 2017 14:27 MYT
Garner dan Affleck, kedua-duanya 44, turut membuat permohonan hak penjagaan bersama tiga anak mereka.
PELAKON Ben Affleck dan Jennifer Garner secara rasmi memfailkan perceraian selepas mengumumkan perpisahan dua tahun lepas, lapor agensi berita Los Angeles Times.
Pasangan itu memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis atas sebab tiada persefahaman.
Garner dan Affleck, kedua-duanya 44 tahun, turut membuat permohonan hak penjagaan bersama tiga anak mereka.
Affleck dan Garner pernah berlakon bersama dalam filem adiwira ‘Daredevil' pada tahun 2003 dan mendirikan rumah tangga pada tahun 2005.
Mereka sebelum ini mengumumkan perpisahan sehari selepas ulangtahun perkahwinan yang ke-10 pada 2015.
#Ben Affleck #bercerai #jennifer garner #Los Angeles #perkahwinan