awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Benarkah Big Bang Seungri diminta bersara?

Isabelle Leong, Ain Najhan
Isabelle Leong, Ain Najhan
12/03/2019
03:08 MYT
Benarkah Big Bang Seungri diminta bersara?
SEUNGRI berterima kasih kepada semua peminat di seluruh dunia yang telah memberikan sokongan kepadanya selama ini. - Instagram @seungriseyo
DUNIA hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan keputusan persaraan yang dibuat salah seorang ahli anggota kumpulan K-pop terkenal, Big Bang iaitu Seungri.
Berikutan pengumuman tersebut, syarikat pengurusan Big Bang, YG Entertainment mendedahkan keputusan tersebut tiada kena mengena dengan YG.
“Ia bukan keputusan yang dibuat selepas berbincang dengan YG, sebaliknya keputusan yang dibuat Seungri sendiri.
“Beliau berasa tertekan kerana insiden ini berlaku sebelum beliau menyertai khidmat tentera.
“Tiada sebarang maklumat didedahkan sepanjang penyiasatan yang berlangsung untuk lebih sebulan. Seungri berasa bersalah kerana menjejaskan orang di sekelilingya,” kata sumber YG Entertainment.
BACA: Anggota kumpulan K-Pop, Big Bang sediakan khidmat pelacur?
Seungri dikhabarkan akan menyertai perkhidmatan tentera pada 25 Mac ini.
Pada Isnin, maknae (anggota paling muda) kumpulan Big Bang ini mengumumkan pesaraan beliau daripada dunia hiburan menerusi satu muat naik dalam Bahasa Korea pada laman Instagram peribadinya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah memberikan sokongan kepadanya sejak membuat debut 13 tahun lalu.
View this post on Instagram
승리입니다 제가 이시점에서 연예계를 은퇴를하는것이 좋을거같습니다. 사회적 물의를 일으킨 사안이 너무나 커 연예계 은퇴를 결심했습니다 수사중인 사안에 있어서는 성실하게 조사를 받아 쌓인 모든 의혹을 밝히도록 하겠습니다. 지난 한달반동안 국민들로부터 질타받고 미움받고 지금 국내 모든 수사기관들이 저를 조사하고 있는 상황에서 국민역적 으로까지 몰리는 상황인데 저 하나 살자고 주변 모두에게 피해주는일은 도저히 제스스로가 용납이 안됩니다 지난 10여 년간 많은 사랑을 베풀어준 국내외 많은 팬분들께 모든 진심을 다해 감사드리며 와이지와 빅뱅 명예를 위해서라도 저는 여기까지인거같습니다 다시한번 죄송하고 또 죄송합니다 그동안 모든분들께 감사했습니다
A post shared by @ seungriseyo on
Mar 11, 2019 at 1:39am PDT
“Pada ketika ini, saya rasa ia sesuai untuk saya bersara daripada dunia hiburan. Saya telah membuat keputusan ini disebabkan kontroversi yang timbul.
“Saya masih dalam siasatan dan saya akan menerima siasatan dengan ikhlas supaya sebarang keraguan dapat didedahkan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat di seluruh dunia yang telah memberikan sokongan kepada saya selama 10 tahun ini. Demi Big Bang dan YG, kerjaya saya berakhir di sini,” katanya dalam entri di laman Instagram.
Kumpulan K-Pop Big Bang ditubuhkan lebih sedekad yang lalu pada tahun 2006 dan dianggotai lima anggota iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri.
Keempat-empat ahli kumpulan Seungri kini sedang menjalankan perkhidmatan tentera yang wajib dan bakal menamatkan latihan dalam tahun ini.
Sebelum ini, Big Bang menyampaikan mesej menerusi single mereka iaitu berjanji untuk bertemu semula apabila bunga mekar di 'Flower Road'.
Topic Berkaitan
#Benarkah Big Bang Seungri diminta bersara
#Big Bang
#hiburan
#Korea Selatan
#Seungri
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan