HIBURAN

Berang peminat 'tak dengar cakap', Justin Bieber batal konsert

Madiha Abdullah 31/10/2015 | 03:19 MYT
Bieber dianggap tidak matang apabila bertindak membatalkan konsert secara tiba-tiba. - Foto AFP / Kevork Djansezian/Getty Images
PENYANYI pop antarabangsa, Justin Bieber, mengecewakan ribuan peminatnya apabila tiba-tiba sahaja membatalkan konsert hanya selepas menyanyikan sebuah lagu.
Bieber, 21, berbuat demikian selepas mendakwa peminatnya "tidak mendengar kata" dalam konsert yang berlangsung di Oslo, Norway pada Khamis.
Dalam beberapa video yang dikongsi di laman sosial, Bieber dilihat cuba mengelap air yang tumpah di atas pentas sebelum bertindak meninggalkan pentas.
Dia kemudiannya memuat naik status memohon maaf di laman Instagram miliknya.
Bieber menjelaskan, dia menghadapi minggu yang sukar dan kemudiannya terpaksa pula berhadapan dengan sekumpulan peminat yang sukar dikawal.
Situasi itu dikatakan memberi tekanan buatnya dan meluahkan rasa kesal kerana mengecewakan peminatnya.
Ia bagaimanapun tidak mampu meredakan rasa marah peminat Bieber yang beranggapan tindakan yang diambil bintang kelahiran Kanada itu sebagai tidak matang dan tidak profesional.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bieber mempunyai peminat yang sangat ramai di Norway, dengan sebilangan sekolah di negara itu terpaksa mengubah jadual peperiksaan demi memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya menghadiri konsert tersebut.
#Justin Bieber #konsert #Norway #Oslo