awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbalut dalam plastik, Aina Abdul jelaskan maksud simbolik sampul album

Gempak
Gempak
26/10/2023
10:46 MYT
Berbalut dalam plastik, Aina Abdul jelaskan maksud simbolik sampul album
Jelas Aina, gambar terbabit menyampaikan makna mendalam dalam kehidupan dan karier seninya selama ini. -Gempak
PENYANYI popular Aina Abdul tampil menjelaskan makna simbolik di sebalik dirinya berbalut dalam plastik untuk sampul hadapan albumnya.
Jelas Aina, gambar terbabit menyampaikan makna mendalam dalam kehidupan dan karier seninya selama ini.
"Untuk cover kali ini, melalui perdebatan sangat lama. Ketika sesi fotografi untuk album ini, ada lebih lima outfit.
"Tapi kenapa memilih gambar ini kerana saya sangat suka dengan elemen plastik yang membaluti Aina Abdul ini.
"Kerana apa yang saya zahirkan melalui pakaian ekstravaganza selama ini hanyalah luaran sahaja. Itu simbolik saya.
"Untuk memahami Aina Abdul ini anda kena buka layer by layer. Sebenarnya yang membaluti saya ini (plastik) sangat tebal dan banyak," katanya.
Untuk gambar terbabit, Aina menggunakan plastik pembalut makanan yang dihasilkan oleh pereka fesyen eksentrik, Behati.
Aina Abdul terus melebarkan sayap dalam kembara seni dengan melancarkan album sulung berjudul ‘IMAJI’ terbitan Aina Abdul Entertainment Sdn Bhd pada Selasa.
Dalam bidang penulisan puisi, ‘IMAJI’ bermaksud susunan kata yang dapat memberi gambaran jelas seolah-olah efek khayalan sehingga pembaca mampu untuk turut sama merasa, melihat dan mendengar emosi sebenar yang ingin diungkapkan oleh penulis.
Oleh itu, pemilihan judul ‘IMAJI’ sebagai simbolik kepada keseluruhan tema penceritaan untuk menterjemahkan seribu satu rasa bagi kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini dilihat cukup tepat dan sempurna kerana setiap lagu mempunyai kisah dan emosi yang ingin disampaikan.
Album ‘IMAJI’ menghimpunkan 14 buah trek istimewa hasil nukilan dan ciptaan Aina Abdul sepenuhnya termasuk single ‘Jangan Mati Rasa Itu’ yang baru sahaja dilancarkan pada 25 Ogos lalu.
Selain mengetengahkan irama balada yang sememangnya sinonim dengan Aina Abdul, album ini turut bereksperimen dengan genre yang lebih rancak seperti pop dan juga alternatif indie bagi menyuntik kelainan demi menerjah jiwa peminat. -Gempak
Topic Berkaitan
#Aina Abdul
#IMAJI
#cover album
#berbalut dalam plastik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan