awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bercinta dengan artis banyak masalah kerana..." - Azrel Ismail

Gempak
Gempak
14/05/2023
16:22 MYT
"Bercinta dengan artis banyak masalah kerana..." - Azrel Ismail
Azrel memberitahu dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan wanita yang tidak terlibat dalam industri seni hiburan sejak setahun lalu. - Gambar Gempak
Pelakon Azrel Ismail mengakui merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.
Azrel, 38, memberitahu dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan wanita yang tidak terlibat dalam industri seni hiburan sejak setahun lalu.
"Kami sudah menjalinkan hubungan cinta kurang setahun yang lalu. Saya pun di usia sekarang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jadi kami berbincang untuk membawa hubungan percintaan yang terjalin ke fasa perkahwinan. Insya-Allah, jika tiada aral pada tahun depan.
"Saya belum bersedia untuk perkenalkan dirinya. Apa yang boleh saya kata dia berusia 20-an dan hanya wanita biasa iaitu bukan kalangan artis, tidak bertudung dan berasal dari Kuala Lumpur," katanya kepada Astro Gempak.
Azrel ditemui ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Multimedia serta pelancaran treler filem War On Terror KL Anarki yang berlangsung di sebuah hotel, semalam.
Azrel berharap agar hubungan yang terjalin sampai ke jenjang pelamin selepas mengaku sebelum ini percintaannya dengan rakan artis tidak menjadi.
"Berdasarkan pengalaman masa lalu, hubungan dengan rakan artis ini banyak masalah dan tidak berjalan lancar seperti diharapkan untuk ke fasa lebih serius.
"Jadi saya berharap hubungan dengan wanita berlainan bidang ini berhasil untuk saya tamatkan zaman bujang," ujarnya.
Azrel bagaimana merahsiakan gerangan rakan artis yang pernah menjadi kekasihnya sebelum ini.
Namun sebelum ini, Azrel sering dikaitkan dengan artis wanita dan cinta lokasi sebelum ini. Antara artis yang pernah dikaitkan bercinta dengannya ialah Ruhainies dan Sharifah Husna. - Gempak
Topic Berkaitan
#industri seni
#hiburan
#zaman bujang
#rakan artis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan