HIBURAN
"Bermulalah proses berpantang, kali ini tanpa baby...' - Sayunya status Raja Farah
Raja Farah akur dengan ketentuan ilahi dan menganggap perkara itu mempunyai hikmah tersendiri. - Instgram Raja Farah
PELAKON Raja Farah meluahkan rasa sayu setelah mengalami keguguran beberapa hari sebelum menyambut Syawal.
"Bermulalah proses berpantang untuk saya.... Tapi kali ini tanpa baby... Sedih memang amat sedih tapi Allah dah merancang sebaik-baiknya untuk saya," tulisnya di akaun Instagram pada Rabu.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak itu tetap akur dengan ketentuan ilahi dan menganggap perkara itu mempunyai hikmah tersendiri.
"Gugur ketika kandungan berusia dua bulan. Mungkin kerana terlalu sibuk baking dan uruskan booth.
"Tak mengapalah, belum rezeki Imran untuk dapat adik. Doakan saya cepat sembuh tubuh badan dan semangat saya ya? Terima kasih semua," jelasnya.
Raja Farah dan Iskandar berkahwin pada 6 September 2015.