Berserinya wajah Mawar Rashid dan Raf Yaakob di Majlis Bersiram

Gempak
November 9, 2017 00:12 MYT
Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan sangat gembira dan bahagia sepanjang upacara berlangsung. - Foto Instagram
PASANGAN Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah diraikan dalam majlis bersiram di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, petang Rabu.
Menggunakan hashtag #MawarRafBersiram, Raf berkongsi beberapa foto majlis unik tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya.
Bakal pengantin itu dilihat duduk bersama di atas pelamin yang dihias ringkas dengan bunga-bungaan serba putih.
Majlis tersebut itu dihadiri keluarga terdekat masing-masing.
BACA: Nikah Mawar Rashid hari ini, Raf Yaakob pohon restu ibu
Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan sangat gembira dan bahagia sepanjang upacara berlangsung.
Raf turut membawa kedua-dua anaknya, Rayyan dan Chanela untuk bersama-sama meraikan detik istimewa itu.
Majlis akad nikah Raf dan Mawar bakal berlangsung esok pada pukul 2.30 petang di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Berikut merupakan foto-foto manis Raf dan Mawar:
#bersiram #hotel #Instagram #keluarga #Mawar Rashid #nikah #pelakon #perkahwinan #Raf Yaakob