BERITA kehamilan bintang R&B, Beyonce, menjadi tumpuan pengguna media sosial hari ini.

Beyonce melalui akaun Instagramnya awal hari ini, mengumumkan hamil anak kembar.

Lebih menarik, berita gembira itu dikongsi bekas anggota kumpulan Destiny's Child itu ketika rakyat Amerika sedang menyambut kedatangan Black History Month.


Di Twitter, kehamilan Beyonce mencatat rekod tersendiri apabila menerima lebih 17 ribu tweet setiap satu minit.

Antara hashtag yang mendapat perhatian netizen adalah #beytwice.




Agak lucu apabila ada yang mengaitkan kehamilan penyanyi Crazy in Love itu dengan kesuraman dunia politik di Amerika Syarikat ketika ini.





Kata mereka, ketika seluruh dunia dilanda kemarahan dengan dasar kepimpinan Donald Trump sebagai Presiden AS, Beyonce berjaya memberi khabar gembira buat mereka.

Beyonce dan suaminya, penyanyi rap dan penerbit Jay-Z, merupakan antara pasangan suami isteri dengan pendapatan paling tinggi dalam dunia hiburan antarabangsa.

Mereka berkahwin pada 4 April 2008, dan memiliki seorang anak perempuan, Blue Ivy, 5 tahun.