[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Beyonce, Jay Z paten nama anak kembar

Agensi 01/07/2017 | 09:50 MYT
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Blue Ivy Carter. -Gambar fail
PASANGAN Beyonce dan Jay Z akhirnya mendedahkan nama anak kembar mereka.
Mereka memilih nama Rumi Carter dan Sir Carter.
Nama kedua-dua kembar itu turut didaftarkan sebagai hak cipta.
Menurut sumber, dokumen hak cipta itu menyatakan nama berkenaan akan digunakan untuk pelbagai barangan, termasuk barangan bayi.
Bayi kembar itu dilahirkan 17 Jun lalu di Los Angeles.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Blue Ivy Carter.
#anak kembar #barangan bayi #Beyonce #Blue Ivy Carter #hak cipta #Rumi Carter #Sir Carter