HIBURAN
Beyonce kini bergelar bilionair, kukuhkan status ikon global - Forbes
Persembahan selama tiga jam yang merangkumi keseluruhan katalog lagu Beyonce menjadi fenomena konsert 2023, mencatat kutipan hampir AS$600 juta dan mengukuhkan kedudukannya bersama Taylor Swift sebagai ikon budaya pop terbesar dunia.
BAGI kebanyakan artis, jelajah Renaissance World Tour sudah cukup menjadi kemuncak kerjaya.
Persembahan selama tiga jam yang merangkumi keseluruhan katalog lagu Beyonce menjadi fenomena konsert 2023, mencatat kutipan hampir AS$600 juta dan mengukuhkan kedudukannya bersama Taylor Swift sebagai ikon budaya pop terbesar dunia.
Namun, bintang berusia 44 tahun itu terus mencipta sejarah pada 2024 dengan melancarkan album country Cowboy Carter, yang membuka peluang komersial baharu termasuk persembahan istimewa pada perlawanan NFL Hari Krismas dan jelajah konsert paling tinggi kutipan sepanjang 2025.
Kejayaan ini menjadikan Beyonce menerima gelaran baharu – bilionair.
Beliau kini menyertai kelompok elit selebriti yang menembusi angka tiga koma.
Daripada 22 penghibur bilionair yang dikenal pasti Forbes, hampir separuh muncul dalam tempoh tiga tahun terakhir.
Beyonce menjadi pemuzik kelima bergelar bilionair, bersama suaminya Jay-Z, Taylor Swift, Bruce Springsteen dan Rihanna.
Empayar perniagaan Beyonce mula dibina secara serius pada 2010 apabila menubuhkan Parkwood Entertainment, syarikat yang menguruskan kerjayanya dan menghasilkan muzik, dokumentari serta konsert.
Dengan mengawal hak katalog muzik bernilai tinggi dan keuntungan jelajah global, Beyonce memastikan margin keuntungan lebih besar.
Selain muzik, beliau meluaskan empayar ke bidang lain termasuk jenama penjagaan rambut (Cécred), minuman keras (SirDavis) dan pakaian (Ivy Park).
Namun, sebahagian besar kekayaannya datang daripada konsert berskala besar.
Jelajah Cowboy Carter Tour sahaja mencatat kutipan lebih AS$400 juta daripada jualan tiket dan AS$50 juta daripada barangan rasmi, menurut anggaran Forbes.
Keseluruhan pendapatan Beyonce pada 2025 dianggarkan AS$148 juta sebelum cukai, menjadikannya pemuzik ketiga tertinggi pendapatan tahun ini.
Kerjaya solo Beyonce melonjak selepas era Destiny’s Child, dengan inovasi seperti album kejutan Beyoncé (2013), album visual Lemonade (2016), dan persembahan bersejarah di Coachella (2018) yang membawa kepada dokumentari Netflix bernilai AS$60 juta.
Untuk Cowboy Carter, beliau turut membuat persembahan separuh masa NFL Hari Krismas dengan bayaran sekitar AS$50 juta dan kempen iklan Levi’s bernilai AS$10 juta.
Walaupun jualan album tidak setinggi artis pop lain, Beyonce kekal sebagai kuasa besar industri muzik kerana kemampuan mengisi stadium.
Sejak 2016, beliau menjadi wanita pertama mengetuai jelajah stadium sepenuhnya dan terus memecah rekod dengan Renaissance World Tour pada 2023.
Dalam temu bual terhad, Beyonce mendedahkan Renaissance dan Cowboy Carter adalah dua bahagian pertama trilogi album pelbagai genre.
Beliau juga menegaskan hanya mahu mengadakan jelajah ketika anak-anak tidak bersekolah demi mengekalkan kehidupan normal keluarga.
“Saya berusaha keras untuk menjaga batasan dan melindungi diri serta keluarga. Tiada jumlah wang yang setimpal dengan ketenangan saya,” katanya. - Agensi