HIBURAN

Beyonce: Pendedahan satu terapi

Astro Awani 15/02/2013 | 03:51 MYT
Seorang yang sangat berahsia penyanyi Beyonce mengakui bercakap dengan kamera memberikannya ketenangan ibarat satu terapi.

Diva R&B itu mendedahkan segalanya menerusi dokumentari arahan beliau sendiri, "Life is but a Dream".

Dokumentari itu turut menghimpunkan rakaman-rakaman peribadinya sejak beberapa tahun lalu.

Antara perkara sulit yang didedahkan termasuk keguguran kandungan, laporan kehamilannya yang didakwa palsu serta keputusan memecat bapanya sebagai pengurus.

Isteri kepada penyanyi rap Jay-Z itu juga berharap pendedahan tersebut mampu memberi inspirasi kepada anaknya, Blue Ivy yang berusia satu tahun apabila dia dewasa kelak.

Tayangan perdana untuk dokumentari itu berlangsung di New York 2 hari lalu.
#Beyonce #HBO #Jay-Z #Life is but a Dream