awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage 2022: Tiada lagi Mummy Jerung, perjalanan Sofiaa Marieylla terhenti pada minggu kelima

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
07/03/2022
03:00 MYT
Big Stage 2022: Tiada lagi Mummy Jerung, perjalanan Sofiaa Marieylla terhenti pada minggu kelima
Sofiaa yang menyanyikan lagu Ku Mahu menduduki tangga tiga terbawah dengan markah 56.8% bersama Tegar Septian (69.8%) dan Yazmin Aziz (47%). - Gambar Astro AWANI/ AZRUL RAFIE
PUTRAJAYA: Perjalanan Sofiaa Marieylla dalam Big Stage 2022 terhenti setakat minggu kelima sahaja.
Sofiaa yang menyanyikan lagu Ku Mahu menduduki tangga tiga terbawah dengan markah 56.8% bersama Tegar Septian (69.8%) dan Yazmin Aziz (47%).
Namun sebelum penyingkiran diumumkan, juri tetap Big Stage 2022, Ajai telah menggunakan kelebihannya sebagai juri dengan memberi imuniti kepada Tegar.
Elica Paujin yang membawakan lagu Ku Milikmu berjaya merampas kedudukan pertama daripada Aisha Retno dengan yakin apabila mendapat markah 92.2% secara keseluruhan daripada juri.
Sofiaa membawakan lagu Ku Mahu untuk minggu This Is Siti Nurhaliza
Sofiaa membawakan lagu Ku Mahu untuk minggu This Is Siti Nurhaliza
Untuk cabaran minggu kelima yang bertemakan "This is Siti Nurhaliza", kesemua peserta diberi cabaran menyanyikan lagu-lagu daripada penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan genre yang berbeza.
Peserta pada malam itu diadili oleh dua juri tetap iaitu Ajai dan Siti Nurhaliza serta ditemani tiga juri jemputan iaitu Datuk Seri Vida (Presiden Netizen), Adlin Aman Ramli (Juri Pedas) dan Juara Gegar Vaganza musim ke-8, Alif Aziz.
Minggu hadapan, kesemua peserta yang kekal akan membawakan lagu-lagu bertema 360 darjah atau 36T.
Program yang dikendalikan Sherry Al-Hadad dan Elly Mazlein ini bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama lapan minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Topic Berkaitan
#Big Stage 2022
#BBNU
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#Sofia Marieylla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan