HIBURAN
Big Stage Alpha: Daniel Sher, Rizal Rasid diramal rebut gelaran juara
Antara bintang yang akan berentap di pentas akhir ialah Daniel Sher, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Izat Ibrahim, Ray-D, Araff, dan Afiq Sky. - GHempak
HANYA tinggal beberapa jam sahaja lagi salah seorang bintang Big Stage Alpha bakal dinobatkan sebagai juara di pentas final yang akan berlangsung di Royale Teater Shah Alam, pada malam ini.
Ringkasan AI
- Final Big Stage Alpha 2025: Tujuh peserta lelaki termasuk Daniel Sher, Rizal Rasid, dan Izat Ibrahim akan berentap di pentas akhir malam ini di Royale Teater Shah Alam untuk merebut gelaran juara dan peluang debut dalam kumpulan A7PHA.
- Ramalan peminat: Daniel Sher dan Rizal Rasid menjadi pilihan utama netizen berdasarkan prestasi konsisten dan pujian juri, manakala Izat dan Ray-D turut disebut sebagai calon berpotensi.
- Harapan peminat: Peminat berharap semua finalis diberi peluang debut dan menjalani latihan intensif di Korea, menjadikan Big Stage Alpha sebagai platform pelancaran kumpulan lelaki baharu tempatan
Seramai tujuh bintang Alpha bakal bersaing merebut peluang keemasan untuk dipilih menyertai sebuah kumpulan lelaki yang dijangka akan debut tidak lama lagi.
Antara bintang yang akan berentap di pentas akhir ialah Daniel Sher, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Izat Ibrahim, Ray-D, Araff, dan Afiq Sky.
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen sudah mula membuat ramalan mengenai juara Big Stage Alpha. Dua nama yang paling banyak disebut ialah Daniel Sher dan Rizal Rasid.
Menurut netizen, kedua-dua bintang ini mempunyai potensi besar untuk merangkul gelaran juara berdasarkan prestasi konsisten yang sering mendapat pujian daripada juri dan perhatian daripada penonton setiap minggu.
Tidak terkecuali, Izat Ibrahim dan Ray-D turut menjadi pilihan ramai yang percaya mereka berpotensi besar untuk debut sebagai ahli kumpulan A7PHA.
Bagaimanapun, para peminat tetap mengharapkan agar pihak produksi berjaya merealisasikan impian para bintang Alpha untuk debut, termasuk menjalani latihan intensif di Korea dalam masa terdekat.
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara dan terpilih untuk debut dalam kumpulan A7PHA? Jangan lupa saksikan Konsert Akhir Big Stage Alpha secara eksklusif di Astro Ria!
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. -- Gempak