Big Stage: Bawa lagu Aku Bidadari Syurgamu, Azzam dapat pujian Siti Nurhaliza

Asyraf Roslan
Oktober 4, 2020 14:53 MYT
Menurut Siti, beliau sangat menghargai persembahan yang sangat bertenaga daripada Azzam Sham. - Foto Astro Gempak
PUTRAJAYA: Menyanyikan lagu seorang bintang terkemuka bukan mudah.
Lebih-lebih lagi menyanyi lagu milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Cubaan peserta Big Stage, Azzam Sham menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di pentas akhir Big Stage telah mendapat pujian oleh Siti.
Menurut Siti, beliau sangat menghargai persembahan yang sangat bertenaga daripada Azzam Sham.
"Azzam terima kasih kerana menyampaikan lagu saya dengan cara tersendiri," katanya melalui ciapan di laman Twitter
Pada malam ini setiap peserta akan membawakan dua buah lagu yang bertemakan Ultimatum.

@AzzamSham Terima kasih kerana menyampaikan lagu saya dengan cara tersendiri .. Saya sangat hargai & doa saya Azzam mendapat kejayaan malam ni..

— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) October 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Big Stage #Siti Nurhaliza #pujian #Azzam Sham #Aku Bidadari Syurgamu #pentas akhir #ultimatum