Big Stage: Pakai 'arrangement' lama, macam pergi nyanyi karaoke - Ajai

Asyraf Roslan
Ogos 31, 2020 05:00 MYT
Bagi juri tetap Big Stage, Faizal Tahir kreativiti bukan dilihat pada persembahan di atas pentas sahaja malah susunan muzik dan penyampaian vokal juga penting.
Setiap kali pertandingan nyanyian teknik nyanyian peserta antara yang menjadi tumpuan juri dan juga penonton.
Namun soal kreativiti penyanyi tidak harus dilupakan.
Bagi juri tetap Big Stage, Faizal Tahir kreativiti bukan dilihat pada persembahan di atas pentas sahaja malah susunan muzik dan penyampaian vokal juga penting.
"Kreativiti bukan sahaja datang daripada visual malah penyampaian vokal juga, ia akan menunjukkan anda berbeza daripada orang lain," katanya.
Bagi mereka kesemua peserta seharusnya berani memperbaharui susunan muzik lagu tugasan mereka pada setiap minggu.
Pada masa sama, Ajai berpendapat setiap perserta seharusnya berbincang bersama pihak produksi dan pengarah muzik dalam memberikan nafas baharu kepada lagu tugasan mereka agar susunan lagu tidak sama seperti penyanyi asal.
"Sebab kita rasa macam dia nyanyi karaoke, sebab dia pakai susunan muzik lama. Itu (memperbaharui susunan muzik) sebahagian daripada kreativiti," katanya semasa sidang media Big Stage minggu ketiga yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada Ahad.
Pada pandangan juri, untuk minggu cabaran 'Duominasi', peserta Farisha Iris dan Azzam Sham antara peserta yang berjaya membawa kelainan dalam susunan muzik semasa persembahan mereka.
#Ajai #Azzam Sham #Big Stage 2020 #Dominasi BBNU #Faizal Tahir #Farisha Iris #norma baharu