PELAKON kelahiran Malaysia Asyraf Sinclair berdepan detik ngeri apabila hilang satu demi satu giginya ketika sedang menggosok gigi.
Bagi peminat Asyraf jangan panik kerana itu cuma sebahagian daripada babak filem seram lakonannya Bayi Gaib: Bayi Tumbal Bayi Mati.
Babak berkenaan membuka treler filem itu yang dikeluarkan mulai Isnin lalu.
Dalam filem arahan Rizal Mantovani itu, Asyraf memegang watak sebagai Rafa, seorang kontraktor pembangunan hartanah.
Filem berkisar mengenai gangguan yang diterima Rafa dan isterinya Farah lakonan Rianti Cartwright selepas Rafa berjaya memperoleh satu projek besar.
Pasangan ini yang menanti kehadiran anak sulung selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dibelenggu ganguan sejak Farah disahkan hamil.
Selain Asyraf dan Rianti, Bayi Gaib: Bayi Tumbal Bayi Mati turut dibintangi Fadika Royandi Piet Pagau, Rina Hasyim, Mario Lawalatta, dan Dorman Borisman.
Filem tebitan MD Pictures dengan usahasama DEE Company akan ditayangkan di Indonesia mulai 15 Februari 2018.
Astro Awani
Thu Jan 11 2018
Asyraf Sinclair antara pelakon malaysia yang berjaya bertapak dalam industri perfileman Indonesia -Gambar Instagram/@ashrafsinclair
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Bila Asyraf Sinclair hilang gigi satu demi satu ...
Bagi peminat Asyraf, jangan panik kerana itu cuma sebahagian daripada babak filem seram lakonannya Bayi Gaib: Bayi Tumbal Bayi Mati.