awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bila dengar nama Siti Sarah dan Noryn Aziz, saya terus menangis..." - Misha Omar

Gempak
Gempak
08/11/2018
08:11 MYT
"Bila dengar nama Siti Sarah dan Noryn Aziz, saya terus menangis..." - Misha Omar
Dalam konsert itu, setiap penyanyi akan mempersembahkan empat lagu solo masing-masing dan lapan lagu secara medley.
PENYANYI Misha Omar akui sebak apabila ditawarkan untuk menyertai Konsert Soul Sisters apabila ia menggabungkan nama besar seperti Noryn Aziz dan Siti Sarah.
Misha berkata ia bagai impian jadi kenyataan apabila dia dapat berkongsi pentas bersama dua penyanyi itu di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 dan 6 April tahun hadapan.
“Bila pihak Edd Razhe Entertainment menawarkan saya untuk sertai konsert berprestij begini saya terus sebak.
“Tambahan pula bila dengar nama Noryn dan Sarah, saya terus mengalirkan air mata.
“Terus-terang ia amat menerujakan apatah lagi saya dan Sarah bermula dalam industri ini pada waktu yang sama tetapi kedua-duanya membawa haluan masing-masing.
“Bila disatukan dalam konsert ini bersama Sarah dan tiba-tiba nama Noryn juga disebut saya amat bersyukur dan gembira,” katanya.
Pelantun lagu Sampai Bila itu ditemui bersama dua penyanyi tersebut ketika sidang media mengumumkan konsert mega tersebut, di Acme Bar, Pavilion semalam.
Sementara itu, penerbit konsert Soul Sisters dan Pengarah Urusan Edd Razhe Entertaiment, Edd Razhe berkata gabungan tiga nama besar itu dijangka akan beri satu kepuasan berbeza buat penonton yang hadir.
“Sebenarnya sejak awal perancangan, nama mereka sudah berada dalam fikiran dan menjadi pilihan utama saya kerana setiap penyanyi memiliki daya tarikan yang kuat untuk membawa khalayak ke konsert ini.
“Gabungan mantap mereka di atas satu pentas inj pasti akan memberi sesuatu yang luar biasa kepada penonton,” katanya.
Dalam konsert itu, setiap penyanyi akan mempersembahkan empat lagu solo masing-masing dan lapan lagu secara medley.
Istimewanya, satu single baharu nyanyian mereka bertiga berjudul Bersatu Suara akan turut diperdengarkan pada hari konsert nanti.
Tiket-tiket berharga RM755, RM555, RM355, RM255 dan RM155 boleh ditempah mulai Khamis ini menerusi laman web www.airasiaredtix.com
Topic Berkaitan
#Istana Budaya
#konsert
#Misha Omar
#Noryn Aziz
#Siti Sarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan