HIBURAN

Billie Eilish, Bad Bunny dan Olivia Dean ungguli kategori utama Grammy 2026

Astro Awani 02/02/2026 | 06:20 MYT
Harry Styles (kiri) menyampaikan anugerah Album Terbaik kepada Bad Bunny (tengah) untuk "Debí Tirar Más Fotos" pada majlis Anugerah Grammy ke-68. -Foto AP
LOS ANGELES: Anugerah Grammy 2026 menyaksikan persaingan sengit dalam empat kategori utama apabila nama-nama besar muzik dunia membawa pulang trofi paling berprestij dalam industri.


Ringkasan AI
  • Anugerah Grammy 2026 menyaksikan persaingan sengit dalam empat kategori utama di mana Billie Eilish memenangi kategori Lagu Terbaik melalui karya "WILDFLOWER" bersama abangnya, Finneas O'Connell.
  • Bad Bunny meneguhkan kedudukannya dalam industri muzik dengan memenangi kategori Rakaman Terbaik melalui lagu "DtMF" dan Album Terbaik dengan "DeB TiRAR MS FOToS".
  • Olivia Dean dipilih sebagai Artis Baharu Terbaik, sementara beberapa artis seperti Kendrick Lamar dan Lady Gaga turut mencapai pencapaian besar dalam Anugerah Grammy 2026.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Bagi kategori Lagu Terbaik, penyanyi dan penulis lagu Billie Eilish muncul pemenang menerusi karya “WILDFLOWER”, yang digubah bersama abangnya, Finneas O’Connell.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi reputasi Eilish sebagai antara penulis lagu paling berpengaruh masa kini.

Dalam kategori Rakaman Terbaik, bintang Latin global Bad Bunny meraih kemenangan menerusi lagu “DtMF”, sekali gus terus meneguhkan kedudukannya sebagai fenomena muzik antarabangsa.

Bad Bunny turut mencipta sejarah apabila album DeBÍ TiRAR MáS FOToS diumumkan sebagai Album Terbaik, menjadikannya artis pertama yang memenangi kategori tersebut dengan album sepenuhnya berbahasa Sepanyol.

Sementara itu, penyanyi dari United Kingdom, Olivia Dean, dipilih sebagai Artis Baharu Terbaik selepas persembahan mantap dan pencapaian pantas dalam arus perdana.

Kemenangan itu menyaksikan beliau menyampaikan ucapan penuh emosi mengenai perjalanan keluarganya sebagai imigran.

Tahun ini turut menyaksikan pencapaian besar beberapa artis lain seperti Kendrick Lamar dan Lady Gaga, namun tumpuan utama malam berprestij itu jelas terarah kepada pemenang empat kategori terbesar Grammy 2026.



Berikut senarai penuh pemenang Anugerah Grammy 2026:

KATEGORI UTAMA

Album Terbaik:
- Bad Bunny — DeBÍ TiRAR MáS FOToS

Rakaman Terbaik:
- DtMF — Bad Bunny

Lagu Terbaik:
- WILDFLOWER — Billie Eilish & Finneas O’Connell

Artis Baharu Terbaik:
- Olivia Dean

------------------------------------

POP

Persembahan Solo Pop Terbaik:
- Messy — Lola Young

Album Vokal Pop Terbaik:
- MAYHEM — Lady Gaga

Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik:
- Defying Gravity — Cynthia Erivo & Ariana Grande

------------------------------------

RAP

Album Rap Terbaik:
- GNX — Kendrick Lamar

Lagu Rap Terbaik:
- tv off — Kendrick Lamar ft. Lefty Gunplay

Persembahan Rap Melodik Terbaik:
- Luther — Kendrick Lamar & SZA

Persembahan Rap Terbaik:
- Chains & Whips — Clipse, Pusha T & Malice feat. Kendrick Lamar & Pharrell Williams

------------------------------------

R&B

Album R&B Terbaik:
- Mutt — Leon Thomas

Lagu R&B Terbaik:
- Folded — Kehlani

Persembahan R&B Tradisional Terbaik:
- Vibes Don't Lie — Leon Thomas

Persembahan R&B Terbaik:
- Folded — Kehlani

------------------------------------

ROCK & ALTERNATIF

Album Rock Terbaik:
- Never Enough — Turnstile

Album Muzik Alternatif Terbaik:
- Songs of a Lost World — The Cure

------------------------------------

KLASIK

Komposisi Klasik Kontemporari Terbaik:
- Dzonot — Gabriela Ortiz

Kompilasi Klasik Terbaik:
- Ortiz: Yanga

------------------------------------

LATIN

Album Música Urbana Terbaik:
- DeBÍ TiRAR MáS FOToS — Bad Bunny

Album Pop Latin Terbaik:
- ¿Y Ahora Qué? — Alejandro Sanz

------------------------------------

VIDEO & MEDIA

Video Muzik Terbaik:
- Anxiety — Doechii

------------------------------------

PRODUKSI & PENULISAN

Penerbit Terbaik (Bukan Klasik):
- Cirkut

Penulis Lagu Terbaik (Bukan Klasik):
- Amy Allen








Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah pemenang kategori Lagu Terbaik Anugerah Grammy 2026?
    A: Billie Eilish memenangi kategori Lagu Terbaik menerusi karya "WILDFLOWER" yang digubah bersama abangnya, Finneas O'Connell.
  • Q: Apakah kemenangan yang diperoleh oleh Bad Bunny dalam Anugerah Grammy 2026?
    A: Bad Bunny meraih kemenangan dalam kategori Rakaman Terbaik melalui lagu "DtMF" dan Album Terbaik dengan "DeB TiRAR MS FOToS".
  • Q: Siapakah yang dipilih sebagai Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Grammy 2026?
    A: Olivia Dean dipilih sebagai Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Grammy 2026 selepas persembahan mantap dan pencapaian pantas dalam arus perdana.



#Anugerah Grammy 2026 #Billie Eilish #Lady Gaga #Bad Bunny #Olivia Dean