Bintang Kilauan Emas 5, Hassan Idris Meninggal Dunia

Gempak
Februari 22, 2021 09:51 MYT
Allahyarham Hassan Idris meninggal dunia pada usia 73 tahun di kediamannya. - Gambar/ Astro Gempak
KUALA LUMPUR: Bintang kelahiran program Kilauan Emas 5, Hassan Idris dilaporkan meninggal dunia.
Berita itu dikongsi menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi @mysalammuslim.
Menurut perkongsian itu, Allahyarham yang berasal dari Kuala Lumpur meninggal dunia di kediamannya pada usia 73 tahun.
Innallillahiwainnallillhirojiun. Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Hassan Idris.
“Allahyarham Hassan Idris meninggal dunia pada usia 73 tahun di kediamannya. Allahyarham adalah salah seorang peserta Kilauan Emas 5.
“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah,” maklum hantaran berkenaan.
Salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham.
#Hassan Idris #Kilauan Emas 5 #meninggal dunia #takziah