HIBURAN

Bintang 'Twilight' Kristen Stewart beli pawagam lama, jadikan pusat komuniti di LA

Astro Awani 06/02/2026 | 08:30 MYT
Stewart berkata dia mahu mengubah panggung itu menjadi ruang awam yang boleh diakses semua lapisan masyarakat. -Foto fail/Reuters
BINTANG filem Twilight, Kristen Stewart, membeli sebuah panggung wayang bersejarah di Los Angeles, Highland Theatre, dengan hasrat menghidupkan semula ruang seni itu sebagai pusat komuniti selepas ia ditutup pada 2024 akibat kemerosotan pascapandemik.


Ringkasan AI
  • Kristen Stewart membeli panggung wayang bersejarah Highland Theatre di Los Angeles dengan niat untuk menghidupkan semula ruang seni itu sebagai pusat komuniti selepas ditutup pada 2024 akibat kemerosotan pascapandemik.
  • Highland Theatre, yang dibuka pada 1925, pernah menjadi pusat tontonan filem sebelum ditutup selepas hampir satu abad beroperasi, dimana pemilik sebelumnya terpaksa menutupnya kerana perniagaan gagal pulih sepenuhnya sejak pandemik.
  • Kristen Stewart ingin mengubah panggung itu menjadi ruang awam yang boleh diakses semua lapisan masyarakat, mengembalikan kegemilangan asal teater itu, serta menentang budaya korporat dalam industri hiburan dengan memperkenalkan idea baharu kepada komuniti filem Los Angeles.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Stewart mengesahkan pembelian itu kepada Architectural Digest, menyatakan dia tertarik dengan teater lama yang usang dan melihat projek itu sebagai peluang membina ruang untuk masyarakat "berkumpul, berfikir dan bermimpi bersama”.

Highland Theatre, yang dibuka pada 1925 dan direka oleh arkitek Lewis Arthur Smith, pernah menjadi pusat tontonan filem di kawasan Highland Park sebelum ditutup selepas hampir satu abad beroperasi.

Pemilik sebelumnya, Dan Akarakian, memaklumkan kepada Los Angeles Times bahawa dia terpaksa menutup panggung itu pada Februari 2024 selepas perniagaan gagal pulih sepenuhnya sejak pandemik.

Antara filem terakhir yang ditayangkan ialah Madame Web dan Bob Marley: One Love, serta Lisa Frankenstein.

Stewart berkata dia mahu mengubah panggung itu menjadi ruang awam yang boleh diakses semua lapisan masyarakat, bukan hanya peminat filem arus seni.

Dia menegaskan projek itu bukan bertujuan komersial, sebaliknya sebagai “antidot kepada budaya korporat” yang mendominasi industri hiburan hari ini.

Katanya, banyak elemen seni bina asal teater itu masih boleh dipulihkan untuk mengembalikan kegemilangannya, sambil memperkenalkan idea baharu kepada komuniti filem Los Angeles.

Pemerhati industri melihat pembelian ini sebagai sebahagian daripada trend baharu selebriti Hollywood mengambil alih panggung wayang lama untuk menghidupkan kembali budaya menonton filem di layar besar.

Seperti pengarah Quentin Tarantino, yang membeli Vista Theatre pada 2021, Stewart berkata dia terdorong untuk menyelamatkan ruang seni itu selepas melihat banyak pawagam ditukar menjadi premis runcit.

Stewart, yang dibesarkan di San Fernando Valley dalam keluarga yang berkecimpung dalam industri filem, percaya keghairahan terhadap ruang seni komuniti masih wujud dan berpotensi berkembang.

Dia menyifatkan pembelian ini sebagai "tindakan terdesak dalam cara yang paling indah”, mencerminkan keinginannya memulihkan budaya perfileman yang lebih organik dan berpaksikan komuniti.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang membeli panggung wayang bersejarah Highland Theatre di Los Angeles?
    A: Kristen Stewart, bintang filem Twilight, yang membeli panggung wayang tersebut.
  • Q: Apa tujuan Kristen Stewart membeli Highland Theatre?
    A: Kristen Stewart bercadang untuk menghidupkan semula ruang seni itu sebagai pusat komuniti untuk masyarakat berkumpul, berfikir, dan bermimpi bersama.
  • Q: Mengapa Highland Theatre ditutup pada 2024?
    A: Highland Theatre ditutup pada 2024 akibat kemerosotan pascapandemik, di mana pemilik sebelumnya terpaksa menutupnya selepas perniagaan gagal pulih sepenuhnya sejak pandemik.
  • Q: Apakah filem terakhir yang ditayangkan di Highland Theatre sebelum ditutup?
    A: Antara filem terakhir yang ditayangkan ialah Madame Web, Bob Marley: One Love, serta Lisa Frankenstein.
  • Q: Apakah yang membuat Kristen Stewart berminat untuk mengubah Highland Theatre menjadi ruang awam?
    A: Kristen Stewart ingin mengubah panggung itu menjadi ruang awam yang boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat, bukan hanya peminat filem arus seni, sebagai "antidot kepada budaya korporat" yang mendominasi industri hiburan hari ini.



#Los Angeles #beli pawagam lama #Kristen Stewart #Pusat Komuniti