Bintang video muzik dedah sikap buruk Katy Perry di set penggambaran

Agensi
Ogos 15, 2019 21:19 MYT
Kloss turut mendakwa wakil Katy sebelum ini menghalangnya untuk menyatakan secara umum mengenai sikap sebenar penyanyi itu di set pengambaraan - Gambar Instagram Josh Kloss
MODEL dan pelakon Josh Kloss yang membintangi video muzik Teenage Dream yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Katy Perry pada 2010 telah membongkarkan satu berita yang mengejutkan.
Josh telah menduh Katy memalukannya ketika di sebuah tempat luncur ais.
Menulis di Instagram, Kloss mendakwa kejadian berlaku dalam sebuah satu majlis sambutan hari lahir ketika dia bertemu dengan Katy di sana.
Menurutnya, ketika pertemuan itu, Katy secara tiba-tiba telah menarik seluar yang dipakai Kloss sehingga menampakkan alat sulitnya.
Kejadian itu membuatkan Kloss malu kerana ketika itu terdapat beberapa orang awam.
Kloss turut mendakwa wakil Katy sebelum ini menghalangnya untuk menyatakan secara umum mengenai sikap sebenar penyanyi itu di set penggambaraan.
Kloss berkata dia mendedahkan perkara itu kerana mahu menyatakan wanita yang mempunyai kuasa dan segalanya adalah menjijikkan.
#Instagram #Josh Kloss #Katy Perry #model #Muzik Video #Teenage Dream