[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

#BLACKPINKinMY: Jisoo fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia?

Isabelle Leong 24/02/2019 | 00:15 MYT
Ucapan manis seperti 'kamu bagus' dan 'Blinks, aku cinta padamu' yang diluahkan menunjukkan Jisoo sanggup belajar bahasa yang baharu supaya lebih rapat dengan peminat tempatan. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
Penyanyi vokal utama BLACKPINK, Jisoo membuat kejutan di konsert sulung kumpulan K-pop terkemuka tersebut yang berlangsung pada Sabtu.
Jisoo mengambil hati Blinks (nama fandom BLACKPINK) Malaysia dengan mengucapkan kata-kata manis dalam Bahasa Malaysia.
Ketika memperkenalkan dirinya dalam sesi ‘ment’ (masa yang diperuntukkan untuk membolehkan penyanyi memperkenalkan diri, bercakap dengan peminat dan menutup konsert), Jennie, Rosé dan Lisa bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Namun, Jisoo mengambil pendekatan lain iaitu bertutur dalam Bahasa Malaysia dan berkata ‘kami rindu padamu’ kepada Blinks yang tentunya mendapat sorakan gemuruh.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ucapan manis seperti ‘kamu bagus’ dan ‘Blinks, aku cinta padamu’ yang diluahkan menunjukkan beliau sanggup belajar bahasa yang baharu supaya lebih rapat dengan peminat tempatan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika anda menghadiri konsert jelajah BLACKPINK 2019 [IN YOUR AREA] di Stadium Malawati, Shah Alam pada malam ini (Ahad), bagaimana anda akan membalas cinta Jisoo?
Kongsikan pendapat dan cara anda di ruangan komen di bawah!
#Bahasa Malaysia #BLACKPINK #BLACKPINKinMY #Blinks #Jisoo #konsert