Blinks, di manakah anda?

Madiha Abdullah
Februari 22, 2019 11:45 MYT
Kumpulan Blackpink bakal menghiburkan peminat mereka di Malaysia hujung minggu ini. - Gambar Instagram Blacpink
Hampir dua jam wartawan Astro AWANI berada di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ((KLIA), namun belum ternampak kelibat kumpulan peminat Blackpink.
Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Blinks itu akan berkumpul di KLIA untuk menyambut ketibaan artis kesayangan mereka.
Namun setakat pukul 7.45 malam, kelibat mereka belum kelihatan.
Blackpink dijangka tiba lewat malam ini untuk menjayakan konsert jelajah 2019 World Tour di Stadium Melawati, Shah Alam pada Sabtu dan Ahad.
#BLACKPINK #Blinks #konsert #Malaysia #shah alam