SELEPAS 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato yang dijadual berlangsung pada 9 Ogos nanti.
Utuh memperjuangkan genre blues dan rock sepanjang lima dekad penubuhan mereka, band legenda yang dikenali dengan karya kritis dan berjiwa rakyat itu memilih pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur bagi melakar momen bersejarah pada malam anjuran AV Group itu.
Blues Gang Apo Nak Dikato
Penyanyinya, Ito Mohd, berkata konsert ini dianggap sebagai cerminan perjalanan lima dekad Blues Gang pada persembahan yang dinamakan bersempena judul malar segar mereka, Apo Nak Dikato yang dirilis 40 tahun lalu.
“Secara solo, di pentas sebesar ini, konsert Blues Gang Apo Nak Dikato adalah yang pertama selepas 50 tahun. Kali terakhir muncul dalam konsert berskala besar ialah pada Konsert 2 Raksaksa Reunion pada 2011, tapi bersama Sweet Charity.
“Ini bukan saja eksklusif Blues Gang, malah boleh dianggap rare selepas 14 album kami. Saya sendiri, secara solo pun memiliki 20 album. Justeru ini cara terbaik untuk meraikan kembara lima dekad Blues Gang, terutama oleh peminat dan penggemar blues.
“Kenapa Blues Gang Apo Nak Dikato sebagai judul konsert istimewa ini? Ini tidak lain sebagai tribute karya dalam loghat Negeri Sembilan ‘paling power’ kami sepanjang 40 tahun ini,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengarah Urusan AV Group, Zool Azri Abu Bakar.
Tinggal bertiga, turut meneruskan perjuangan Blues Gang ialah Julian Mokhtar sebagai pemain gitar utama dan Ghani Dato Abu Talib (gitar kedua/ keyboard), selain Ito atau nama sebenarnya, Mohd Arif Kendut.
Pemain bass dan vokal, Jim Madasamy telah meninggal dunia pada 2018 sebelum Shaik Karim (dram/ vokal) menyusul Julai tahun lalu.
Konsert Blues Gang Apo Nak Dikato juga menyaksikan Belbis mengendalikan Produksi, manakala Mewah Event Management (MEM) dan Ito Cottage Muzik sebagai rakan strategik, selain Ilassotickets bagi pengurusan tiket. Konsert ini juga mendapat sokongan Penajaan dari PBH Music & BLW sebagai rakan teknikal dan cenderahati kepada peminat
Blues Gang tak pernah bubar
Menurut Ito, konsert pada Ogos itu juga bagi memperbetulkan prasangka bahawa Blues Gang hanya tinggal nama.
“Blues Gang tidak pernah bubar walaupun kehilangan beberapa ahli diakui meninggalkan kesan mendalam buat kami. Konsert ini juga bagi menghidupkan kembali kenangan bersama, selain bertepatan dengan kelahiran single, Bincang Adik Beradik yang akan dilancarkan nanti,” katanya, menyusul single Panglima Awang Hitam, sebelum ini.
Juga dikenali dengan lagu seperti Khatulistiwa, Oh! Mama Saya Mahu Kahwin, Cinta Oh Cinta dan Mak Siti, band yang diperkenalkan pada 1979 itu menerusi album Inggeris, Anytime, Anyday, dijangka memperdengarkan semua hits mereka dalam konsert selama hampir dua jam itu.
Zool Azri berkata, sesuai cerminan perjuangan Blues Gang yang sampai hari ini terus dikagumi kerana keutuhan identiti yang dibawa selama 50 tahun ini, satu segmen khas Melayu akan diselitkan pada malam berkenaan.
“Selain puluhan hits Blues Gang seawal 70an, segmen khas Melayu pula akan menyaksikan bagaimana alunan blues dan rock menyatu dengan Dikir Barat yang akan menampilkan Issey Gegar FM & Mat Ropi & Friends, pemuda berbangsa Cina, Adik Axiang yang akan meniup serunai Melayu serta Julie Razak atau Juliey Ratu Gendang akan bermain gendang.
“Konsert Blues Gang Apo Nak Dikato tidak lain adalah sebagai penghormatan kepada band selegenda Blues Gang yang masih utuh dengan perjuangan, memikat penggemar daripada pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat, tanpa mengira umur,” katanya.
Peluang bekerjasama dengan band selegenda Blues Gang, akui Zool Azri lagi ibarat pucuk dicita ulam mendatang selepas sekian lama menyimpan kekaguman terhadap seniman seperti mereka.
“Ini julung-julung kalinya juga Blues Gang muncul solo pada skala sebegini, di pentas berprestij seperti Zepp Kuala Lumpur. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melakar momen indah bersama Blues Gang pada konsert Blues Gang Apo Nak Dikato,” tambahnya.
Selain persembahan istimewa, pelbagai hadiah serta cenderahati esklusif akan di hadiahkan kepada penonton bertuah pada konsert itu nanti.
Peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket konsert ini menggunakan aplikasi ATOME di ilasso tickets yang memberi pilihan bayaran ansuran kepada pembeli.
Sebagai makluman, semua ketagori tiket adalah duduk demi keselesaan semua peminat yang hadir.
Tiket berharga RM198 (Silver), RM268 (Gold), RM398 (Platinum) dan RM338 (Diamond), selain RM5,099 bagi Royal Box boleh didapatkan dengan melayari http://ilassotickets.com atau hubungi hotline +60 11-1329 7822.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Mon May 20 2024
Konsert ini dianggap sebagai cerminan perjalanan lima dekad Blues Gang pada persembahan yang dinamakan bersempena judul malar segar mereka, Apo Nak Dikato. - Gempak
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Blues Gang buat konsert 5 dekad ulang tahun
Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato.
Pemain dram Blues Gang meninggal dunia
PEMAIN dram yang juga pengasas bersama kumpulan Blues Gang, Shaikh Karim meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari, pada Isnin.
Kolaborasi istimewa Pitahati dan Ito Blues Gang
Khatulistiwa merupakan antara lagu popular dari Blues Gang diberi nafas baru oleh Pitahati dan dirakam kembali bersama Ito.
Art of Speed 2019 lebih hebat
Festival kustom dan muzik yang lebih hebat menanti peminat kereta dan motorsikal 'kustom' di Art of Speed 2019.
Blues Gang kembali, perjuangkan genre yang belum pernah 'mati'
Kebanyakan kita buat lagu ada dua sebab, pertama nak hiburkan orang satu lagi, untuk nilai yang kekal.
The Strollers, Blues Gang masuk Malaysia Book of Records
Sijil pencapaian tersebut disampaikan wakil MBOR kepada anggota kedua-dua kumpulan itu selepas selesai konsert Return of The Legends di Istana Budaya.
Tiga kumpulan pemuzik ikon bergabung di Istana Budaya pada 17 Sept
Buat pertama kali dalam sejarah, kumpulan pemuzik terkenal Malaysia - The Strollers (legenda 70an), Lord & The Boys (legenda muzik Rock) dan Blues Gang (legenda muzik Blues) akan berganding tenaga.